Thailand benar pelancong asing tinggal lebih lama mulai 1 Oktober

August 21, 2022 · Dunia

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand meluluskan tempoh penginapan lebih lama untuk pelancong dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac tahun depan, kata jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin.

Langkah yang dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan itu bertujuan menggiatkan semula industri pelancongan memandangkan situasi Covid-19 di Thailand dan peringkat global, semakin pulih.

Warga asing dari 18 negara yang memasuki Thailand di bawah skim visa ketika ketibaan akan dibenarkan melanjutkan tempoh penginapan mereka daripada 15 hari kepada 30 hari.

Manakala mereka dari 50 negara yang kini mendapat 30 hari di bawah skim pengecualian visa akan dibenar tinggal selama 45 hari.

Taweesin berkata CCSA telah meminta Kementerian Dalam Negeri dan Luar, Biro Imigresen dan agensi lain yang berkaitan untuk menyesuaikan prosedur mereka bagi mematuhi pelanjutan ini.

Awal bulan ini, Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata kira-kira 1.07 juta pelancong asing telah memasuki Thailand pada Julai, yang merupakan kali pertama ketibaan bulanan melebihi satu juta sejak wabak itu bermula 2020 lalu.

Phiphat menjangkakan kira-kira sejuta ketibaan asing pada Ogos dan September dan percaya jumlah itu akan meningkat kepada 1.5 juta sebulan dari Oktober hingga Disember.

Beliau yakin jumlah pelancong asing yang tiba di Thailand pada 2022 akan melebihi 10 juta.

Taweesin juga berkata kerajaan bercadang untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik pada Oktober, sebaik sahaja CCSA dibubarkan.

Beliau berkata keputusan mengisytiharkan penyakit itu sebagai endemik adalah berdasarkan jumlah kes baharu yang disahkan dan kematian yang agak rendah.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (20 Ogos) 1,902 pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke hospital, manakala 29 kematian dicatat. – Agensi

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok