Thailand beli 60 juta dos AstraZeneca untuk bekalan 2022

September 30, 2021 · Dunia

Thailand menandatangani perjanjian pembelian 60 juta dos vaksin dengan AstraZeneca untuk menampung bekalan dan memperluaskan program suntikan penggalak tahun depan.

Kementerian Kesihatan Awam (MPH) Thailand menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin Covid-19 itu untuk mendapatkan suntikan penggalak sepanjang suku ketiga 2022.

Mengikut perancangan Thailand akan memperoleh 15 juta dos vaksin AstraZeneca pada suku pertama, diikuti 30 juta pada suku kedua dan 15 juta lagi suku ketiga.

Kontrak pembelian dengan AstraZeneca itu menyaksikan Thailand akan membayar 18 bilion bath (AS$535.2 juta) untuk 60 juta dos vaksin atau sekurang-kurangnya 300 baht (AS$8.92) setiap dos.

Antara syarat dalam kontrak pembelian itu memberi pilihan kepada Thailand untuk menukar bekalan kepada versi vaksin AstraZeneca yang lebih baharu yang mungkin dihasilkan oleh pengeluar mulai sekarang hingga tarikh penghantaran.

AstraZeneca sekarang ini secara serius sedang berusaha menghasilkan generasi kedua vaksin Covid-19.

Siam Bioscience, syarikat milik penuh Crown Property Bureau yang dikuasai keluarga diraja Thailand memperoleh kebenaran daripada AztraZeneca Inc untuk mengeluarkan vaksin berkenaan.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 10 juta dos vaksin setiap bulan kepada Thailand, sebaliknya lebih banyak mengeksport ke negara Asia Tenggara lain termasuk Malaysia, sehingga mencetuskan kontroversi dalam negara itu.

Sejak kebelakangan ini, negara itu sendiri menerima sumbangan vaksin AstraZeneca daripada negara luar, termasuk Jepun dan Singapura.

Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) negara itu melaporkan dalam tempoh 24 jam hari ini Thailand merekodkan 107 pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhannya 16,727 kes kematian, dengan 16,633 daripadanya meninggal mulai 1 April 2021 hingga hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 11,646 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh Thailand, 10,887 pesakit sembuh dan 116,075 sedang menerima rawatan akibat Covid-19, menurut data CCSA.

Sejak permulaan penularan Covid-19 di negara itu tahun lalu, Thailand melaporkan lebih 1.6 juta kes positif, dengan hampir 1.58 juta daripadanya dijangkiti mulai 1 April 2021 hingga hari ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
10 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
13 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
17 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
17 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok