Thai tahan 69 pendatang Myanmar cuba ke Malaysia, siasat kes bunuh

June 3, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 69 pendatang asing Myanmar yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di wilayah Songkhla, susulan penemuan mayat seorang warga tempatan di daerah Hat Yai.

Seramai 49 daripada pendatang itu ditahan di dalam hutan di daerah Hat Yai dan disoal siasat berhubung kematian seorang penduduk berusia 40 tahun dalam kubur baharu berhampiran kampung Khlong Pom.

Ketua Kampung Ban Phru, Winai Tonyalae dan sukarelawan pertahanan menemukan sekumpulan lelaki dan wanita bersembunyi di dalam hutan, semalam (2 Jun) kira-kira enam kilometer dari kubur di mana Maddol Binson ditemukan pada Rabu.

Tonyalae kemudian memaklumkan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Polis kemudian menangkap dan membawa mereka untuk disoal siasat bagi mengetahui sama ada mana-mana daripada mereka terlibat dalam pembunuhan Maddol, seorang pekerja firma pemangkasan pokok yang mendapat kontrak daripada Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah di daerah Na Mom di wilayah Songkhla.

Mangsa ditemui dalam keadaan mulut tersumbat dan tangan dan kakinya diikat ke belakang. Dia dipercayai telah dipukul di kepala. Motosikalnya ditemui dalam kolam kira-kira 300 meter dari kubur. Terdapat tanda-tanda pergelutan berhampiran tempat kejadian.

Pada malam Rabu, polis menahan 19 pendatang tanpa izin Myannar dan dua warga Thailand di kawasan hutan tidak jauh dari sempadan di Hat Yai. Mereka juga sedang disoal siasat tentang pembunuhan Maddol.

Satu sumber berkata polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Maddol menunggang motosikalnya dari rumahnya sekitar jam 3 petang Selasa. Dia dilaporkan meninggalkan rumahnya untuk menangkap ikan sebelum dibunuh.

Berita berkaitan
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
10 jam lalu· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Ganja rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah di Thailand
June 9, 2022· Dunia
Popular
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
July 4, 2022
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
4 jam lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
6 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
7 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
14 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok