Thai rancang buka pintu sempadan dengan Malaysia mulai Mac

February 14, 2022 · Dunia

Kerajaan Thailand merancang membuka sepenuhnya semua pintu sempadannya dengan Malaysia mulai bulan depan bagi meningkatkan semula sektor ekonomi dan menarik pelancong ke negara itu.

Pembukaan pintu sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun, akan dilakukan setelah Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan menyediakan garis panduan mitigasi pandemik.

Timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan kedua-dua pusat itu menyediakan garis panduan berkenaan.

Berikutan dasar kerajaan untuk melaksanakan gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test & Go’ tanpa perlu menjalani kuarantin ketika ketibaan.

Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand.

“Perdana menteri yakin Thailand akan kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia walaupun ketika pandemik Covid-19 masih menular.

“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan, dengan penekanan kepada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada.

Dr Suthep Phetmak, inspektor negara yang bertugas di zon kesihatan awam 12, berkata situasi Covid-19 di Malaysia dan Thailand adalah sama.

Pada 12 Februari lalu, terdapat kira-kira 20,000 kes baharu, katanya, jadi agensi kesihatan awam menjangkakan risiko pembukaan semula sempadan adalah rendah.

Sebelum pembukaan semula, agensi kerajaan akan menyediakan proses imigresen, ujian, hotel dengan standard SHA+ dan perniagaan dengan Tetapan Bebas Covid, termasuk pengangkutan awam, kawasan pelancongan, restoran dan gedung serbaneka, katanya.

Thailand hari ini melaporkan 14,900 kes baharu Covid-19, termasuk 192 melibatkan pelancong asing, dan 26 kematian.

Keseluruhannya, negara itu mencatat 2,608,227 kumulatif kes positif, dengan 2,455,832 daripadanya telah pulih, 129,933 masih di hospital dan 22,462 meninggal dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Melancong ke luar negara jejas pelancongan domestik kerana aliran keluar ringgit
September 22, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Popular
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
September 28, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022
Sri Lanka berdepan muflis, mungkir bayar hutang: Agensi penarafan
April 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Korea Utara uji peluru berpandu, sehari sebelum Kamala tiba di Seoul
6 jam lalu · Dunia
Jutaan penduduk Florida bersedia hadapi taufan besar, merosakkan
6 jam lalu · Dunia
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
13 jam lalu · Dunia
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
19 jam lalu · Dunia
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok