Thai lanjut lockdown hingga akhir Ogos, sekatan lebih ketat dikenakan

August 1, 2021 · Dunia

Thailand hari ini mengumumkan langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat di Bangkok dan wilayah ‘panas’ yang lain, dilanjutkan kemungkinan sehingga akhir Ogos dalam usaha untuk mengurangkan penularan Covid-19, tatkala negara itu berdepan lonjakan terburuk kes baharu.

Dalam tempoh 24 jam hari ini, Thailand merekodkan 18,027 kes baharu Covid-19 dan 133 kematian, menjadikan kumulatif berjumlah 615,314 kes dan 4,990 kematian, majoritinya akibat lonjakan kes sejak April didorong oleh penularan varian Alpha dan Delta,

Peraturan dan sekatan ketat yang dikenakan itu termasuk larangan perjalanan, penutupan pusat beli-belah dan perintah berkurung, diperluaskan lagi ke 29 wilayah daripada 13 wilayah pada awalnya, yang diklasifikasikan sebagai ‘zon merah gelap’, kata jurucakap Pasukan Khas Vovid-19 Thailand, Apisamai Srirangsan.

“Peraturan dan sekatan baharu merangkumi wilayah berkenaan akan bermula pada Selasa selama 14 hari dan akan dinilai semula pada 18 Ogos.

“Jika situasi tidak berubah dan masih membimbangkan, langkah sekatan itu akan disambung sehingga 31 Ogos,” katanya.

Jumlah jangkitan baharu pada peringkat wilayah kini melebihi daripada kes yang dilaporkan di Bangkok. Oleh itu sekatan berkenaan diperluaskan ke wilayah-wilayah lain, katanya.

Bagaimanapun katanya restoran di dalam pusat beli-belah dibenar beroperasi tetapi hanya untuk penghantaran sahaja.

Sebelum ini, kerajaan Thailand menyeru rakyatnya supaya mematuhi peraturan dan larangan, sambil memberi amaran jumlah kes harian boleh meningkat sehingga 30,000 sehari.

Tindakan sekatan dan larangan yang dikenakan itu turut menjejaskan sektor ekonomi Thailand, di mana Khamis lalu Kementerian Kewangan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2021 daripada 2.3 peratus kepada 1.3 peratus. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok