Terbuka Australia: Djokovic menang kes tapi berdepan pengusiran

January 11, 2022 · Dunia

Biarpun menang kes terhadap tindakan penahanannya oleh pihak berkuasa Australia berhubung isu visa dan suntikan vaksin Covid-19, pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic, masih berdepan tindakan pengusiran.

Terdahulu, mahkamah Australia memutuskan Djokovic dibebaskan daripada tahanan imigresen, setelah mendapati keputusan kerajaan untuk membatalkan visa bintang tenis itu untuk memasuki negara itu adalah “tidak munasabah”.

Hakim Anthony Kelly mengarahkan Djokovic dibebaskan dalam masa 30 minit dan pasport serta dokumen perjalanan yang lain dikembalikan kepadanya, sekali gus menghidupkan semula peluang untuk memenangi gelaran Grand Slam ke-21 di Terbuka Australia, yang bermula Isnin depan.

Bagaimanapun, peguam Kerajaan Persekutuan memberitahu mahkamah menteri imigresen negara itu berhak menggunakan kuasa peribadinya untuk membatalkan sekali lagi visa Djokovic.

Kerajaan berkata bukan warganegara tidak ada hak untuk dijamin masuk ke Australia, dan menegaskan bahawa walaupun Djokovic memenangi kes mahkamah, negara itu berhak untuk menahannya semula dan mengusirnya.

Peguam kerajaan memberi amaran Australia mungkin menggunakan kuasa menteri untuk mengarahkan pengusiran Djokovic dari negara itu, yang akan mengakibatkan dia diharamkan selama tiga tahun untuk masuk ke negara itu.

Dengan kerajaan Australia menghadapi kekalahan yang memalukan dan berprofil tinggi, peguam Christopher Tran memaklumkan hakim bahawa menteri imigresen Alex Hawke boleh mengambil tindakan menerusi kuasa eksekutif.

“Saya diarah (menteri) akan mempertimbangkan sama ada akan menggunakan kuasa pembatalan peribadi,” katanya.

Kelly berkata dia telah mengetepikan keputusan kerajaan untuk membatalkan visa Djokovic kerana pemain itu tidak diberi masa yang cukup untuk memberi keterangan kepada penganjur tenis dan peguam untuk menjawab sepenuhnya, selepas dia dimaklumkan rancangan untuk membatalkan visanya.

Kelly menyatakan pegawai di lapangan terbang Melbourne mengarahkan pemain itu mematikan telefonnya dari tengah malam hingga sekitar 7.42 pagi waktu tempatan, apabila keputusan untuk membatalkan visanya dibuat.

Pegawai juga mengingkari perjanjian untuk memberi Djokovic sehingga 8.30 pagi untuk bercakap dengan penganjur kejohanan Tennis Australia dan peguam, kata hakim. – Agensi

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Wang kertas Australia mungkin ganti imej Ratu Elizabeth II
September 13, 2022· Dunia
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok