Terbuka Australia: Djokovic diundi beraksi lawan rakan senegara

January 14, 2022 · Dunia

Novak Djokovic kekal dalam ketidakpastian untuk beraksi dalan Terbuka Australia, walaupun selepas dia dimasukkan dalam undian pada Khamis, dengan bintang tenis itu masih menunggu keputusan kerajaan sama ada akan menghantarnya pulang kerana tidak mendapat vaksin Covid-19.

Walaupun awan menyelubungi keupayaan Djokovic untuk bersaing, penganjur Terbuka Australia memasukkan pilihan utama dalam undian. Dia dijadualkan menentang rakan senegaranya, Miomir Kecmanovic, yang menduduki ranking ke-78 dunia, dalam pusingan pembukaan minggu depan.

Ketika tiba di Melbourne minggu lalu, visa pemain tenis nombor satu dunia itu dibatalkan setelah pengecualian vaksinnya ditolak, tetapi dia memenangi di mahkamah yang membolehkannya tinggal di negara itu.

Sejak hakim mengembalikan visa Djokovic, tumpuan kini beralih kepada Menteri Imigresen Alex Hawke, yang mesti memutuskan sama ada akan menghantar pulang bintang tenis itu, sekali gus menolak keputusan hakim yang berkata Djokovic boleh tinggal di Australia walaupun terdapat persoalan berhubung pengecualiannya terhadap peraturan vaksinasi Covid-19.

Jika pengusiran dilakukan bermakna Djokovic dilarang masuk ke Australia selama tiga tahun.

Spekulasi berhubung pengusiran Djokovic memuncak apabila undian kejohanan itu ditangguhkan selama 75 minit setelah Perdana Menteri Scot Morrison memanggil sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, undian disambung semula setelah Morrison merujuk isu itu kepada menteri imigresen.

“Ini adalah kuasa peribadi menteri yang boleh dilaksanakan oleh Hawke dan saya tidak bercadang untuk membuat sebarang ulasan lanjut pada masa ini,” kata Morrison.

Australia mempunyai peraturan ketat yang mewajibkan vaksinasi terhadap Covid-19 untuk memasuki negara itu. Kes Djokovic adalah mengenai sama ada dia mempunyai pengecualian yang sah terhadap peraturan tersebut.

Keputusan awal untuk memberikan pengecualian kepada bintang yang tidak divaksinasi menyebabkan bantahan. Ramai merasakan Djokovic diberi layanan istimewa, sedangkan rakyat Australia sendiri telah menghadapi hampir dua tahun kawalan sempadan yang ketat semasa wabak itu.

Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce juga merumuskan rasa tidak puas hatinya berhubung isu itu.

“Sebahagian besar rakyat Australia … tidak menyukai idea bahawa individu lain, sama ada mereka pemain tenis atau … Raja Sepanyol atau Ratu England, boleh datang ke sini dan mempunyai set peraturan yang berbeza yang perlu dihadapi oleh semua orang,” katanya.

Pengarah Kejohanan Terbuka Australia Craig Tiley juga enggan mengulas selepas undian untuk kejohanan itu yang bermula Isnin.

Djokovic, 34, cuba menumpukan perhatiannya pada gelanggang permainan dalam tempoh empat hari sejak dia dibebaskan daripada tahanan imigresen, sambil mengadakan sesi latihan di Rod Laver Arena. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok