Tentera Zionis ceroboh Masjidil Aqsa, tahan lebih 80 jemaah solat Subuh

April 15, 2022 · Dunia

Tentera rejim Zionis Israel memukul dan mengikat umat Islam Palestin dalam serangan yang jarang berlaku di dewan solat utama di dalam Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, memaksa mereka untuk berbaring dalam satu barisan di Tanah Suci ketiga umat Islam.

Imej rakyat Palestin yang diikat dan berbaring meniarap di ruang solat di dalam Masjidil Aqsa pada Jumaat kedua Ramadan dengan cepat menimbulkan kekecohan. Beberapa rakaman yang diedarkan dalam talian menunjukkan tentera rejim Zionis itu memukul tahanan.

Beratus-ratus warga Palestin sebelum itu berkumpul di Majid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur, pada waktu subuh pagi Jumaat untuk menunaikan solat, sebelum polis Israel bergerak untuk menyuraikan mereka secara ganas pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Selama empat jam, tentera Israel menggunakan baton dan gas pemedih mata untuk menyuraikan rakyat Palestin halaman masjid. Polis dilihat memukul wartawan dan wanita.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata 152 orang telah dipindahkan dari masjid ke hospital berdekatan, termasuk ramai yang mengalami luka di bahagian atas badan.

Hospital al-Makassed Baitulmaqdis Timur berkata ia telah menerima 40 pesakit yang cedera dari al-Aqsa, dua daripadanya kritikal.

Kejdian itu mengimbas kembali keganasan di sekitar Masjidil Aqsa sehingga mencetuskan perang 11 hari antara pejuang Palestin dan rejim Israel, tahun lalu.

Tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke dalam dewan, memecahkan beberapa tingkapnya dan menahan kira-kira 80 orang.

Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
13 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
5 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok