Tentera Ukraine tolak letak senjata

April 18, 2022 · Dunia

Tentera Ukraine yang dilaporkan bertahan di kubu terakhir – di salah sebuah kilang keluli dan besi terbesar di Eropah – di bandar pelabuhan Mariupol, enggan meletak senjata sebagaimana diminta Russia.

Moscow berkata tentera Russia kini hampir menawan sepenuhnya bandar itu setelah hampir dua bulan cuba menakluk Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal berkata, tentera di Mariupol masih bertempur walaupun ada desakan Russia untuk menyerah diri menjelang subuh.

Russia pada Sabtu berkata pasukan tenteranya mengawal kawasan bandar, dengan beberapa askar Ukraine kekal di dalam kilang besi dan keluli Azovstal yang menghadap ke Laut Azov.

Menawan Mariupol, pelabuhan utama di wilayah Donbas, akan menjadi hadiah strategik bagi Russia, menghubungkan wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Russia di timur dengan wilayah Crimea yang diduduki Moscow pada 2014.

Selepas gagal menguasai wilayah utara Ukraine, tentera Russia kini menumpukan semula serangan daratnya ke Donbas sambil melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke sasaran di tempat lain termasuk ibu negara, Kyiv.

Kira-kira empat juta rakyat Ukraine telah meninggalkan negara itu, bandar-bandar telah hancur dan beribu-ribu telah mati sejak permulaan pencerobohan tentera Russia ke atas Ukraine.

Kerosakan ekonomi juga ketara dengan Shmyhal berkata defisit bajet Ukraine adalah sekitar AS$5 bilion sebulan dan menggesa Barat menyediakan lebih banyak bantuan kewangan.

“Semua yang meletakkan senjata mereka dijamin bahawa nyawa mereka akan selamat,” kata Kementerian Pertahanan Russia pada Sabtu.

Kilang keluli Azovstal, dengan rangkaian landasan kereta api, terowong dan relau letupan, telah menjadi tempat terakhir askar Ukraine mempertahankan bandr yang telah ditawan itu.

Tidak diketahui berapa ramai askar Ukraine yang berada di dalam kilang keluli itu.

Russia menyifatkan tindakannya ke atas Ukraine sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ untuk memusnah dan menghapuskan apa yang dipanggil ‘nasionalis berbahaya’. Barat dan Kyiv menuduh Presiden Russia Vladimir Putin melakukan pencerobohan tanpa provokasi.

Seorang tentera Azov – pasukan separa tentera sayap kanan yang kini menjadi sebahagian daripada Pengawal Kebangsaan Ukraine dan sasaran utama Moscow – yang masih bertahan di Mariupol berkata, campur tangan antarabangsa diperlukan untuk membantu orang awam, termasuk kanak-kanak yang berlindung di kilang keluli itu.

“Terdapat orang awam di Azovstal yang takut dengan jaminan Rusia untuk keluar,” kata askar Azov. – Agensi

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Undi awal tentera dan polis hari ini
August 8, 2023· Politik
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok