Tentera Sudan rampas kuasa, bubar kerajaan peralihan

October 25, 2021 · Dunia

Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan hari ini merampas kuasa, sekali gus membubarkan kerajaan peralihan tentera dan awam.

Beliau turut memerintahkan tentera menangkap Perdana Menteri Abdalla Hamdok serta beberapa menteri lain, sebelum mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu.

Sebelum ini, kerajaan peralihan dibentuk dengan Abdalla dilantik menjadi Perdana Menteri setelah Presiden Omar Hassan al-Bashir, yang memerintah selama 30 tahun, digulingkan dan dipenjara.

Tembakan senjata api kedengaran di ibu negara Khartoum ketika penentang dan orang awam mengadakan tunjuk perasaan mendesak Abdul Fattah menyerahkan kuasa.

Ketika mengisytiharkan darurat itu, Abdul Fattah membubarkan majlis negara yang berkongsi kuasa antara tentera dan awam sambil menegaskan tentera perlu memastikan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kami memberi jaminan angkatan tentera komited menyelesaikan peralihan kuasa demokratik sehingga kami menyerahkan kepada pemerintah yang dipilih secara demokrasi, menerusi pilihan raya yang akan diadakan pada Julai 2023.

“Apa yang dilalui negara sekarang ini adalah satu ancaman dan bahaya kepada cita-cita orang muda serta harapan oleh negara,” katanya.

Terdahulu Abdalla ditahan dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak dinyatakan susulan keengganannya mengeluarkan kenyataan menyokong rampasan kuasa itu, kata Kementerian Penerangan Sudan.

Ribuan penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa itu memenuhi jalan raya namun berdepan tembakan senjata api dari ibu pejabat tentera di Khartoum.

Sejak Khamis lalu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di bandar Khartoum, Omdurman, Nyala, Ed Dueim dan banyak tempat melaungkan desakan meminta Abdul Fattah menyerahkan kuasa. – Agensi

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Undi awal tentera dan polis hari ini
August 8, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok