Tentera rejim Zionis tembak mati belia Palestin

October 15, 2021 · Dunia

Tentera rejim Zionis Israel menembak mati seorang remaja Palestin yang didakwa melempar bom petrol di Tebing Barat, semalam.

Insiden itu berlaku di laluan terowong antara bandar Baitulmaqdis dan Hebron, berdekatan bandar Beit Jala, yang terletak di selatan wilayah Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh rejim Israel.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan pertempuran itu berlaku tengah malam kelmarin di antara penduduk Palestin dan tentera Israel ketika operasi ketenteraan dilaksanakan di Beit Jala.

Manakala, 30 September lalu, tentera Israel menembak mati tiga orang warga Palestin dalam beberapa serangan di Timur Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Akhir-akhir ini, pertempuran di antara tentera Israel dan penduduk Palestin semakin banyak terjadi di Tebing Barat, terutamanya ketika demonstrasi rakyat Palestin di penempatan Israel.

Mei lalu, ekoran ketegangan di Timur Baitulmaqdis, tercetusnya perang selama 11 hari di antara Israel dan Hamas, terburuk dalam sejarah bagi kedua-dua negara itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan Israel di Gaza pada masa itu mengakibatkan hampir 260 penduduk Palestin terbunuh termasuk dalam kalangan pejuangnya.

Sementara itu, tentera Israel dalam satu kenyataan memberitahu mangsa termasuk seorang lagi suspek melemparkan bom petrol di terowong terbabit dan membahayakan nyawa pemandu lain di kawasan itu.

“Seorang daripada mereka sudah ditahan, tetapi seorang lagi ditembak dan terkorban,” kata kenyataan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok