Tentera Myanmar tembak mati 114 penunjuk perasaan semalam

March 28, 2021 · Dunia

Pasukan keselamatan junta tentera Myanmar menembak mati 114 individu, termasuk kanak-kanak, dalam tindakan kejam mematahkan penunjuk perasaan prodemokrasi di beberapa kawasan di negara itu, semalam, lapor agensi berita dan saksi.

Pembunuhan yang berlaku tatkala sambutan Hari Angkatan Tentera negara itu, mencetuskan kritikan daripada beberapa negara Barat.

Duta Britain, Dan Chugg menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan, sementara wakil Amerika Syarikat mengatakan ia adalah keganasan yang mengerikan.

Jet tentera Myanmar juga dilapor melancarkan serangan di perkampungan yang dikawal puak bersenjata etnik minoriti Karen, menyebabkan sekurang-kurangnya dua penduduk terbunuh.

Sebelum itu, Kesatuan Kebangsaan Karen berkata, kumpulan itu menyerang sebuah pos tentera berhampiran sempadan Thailand membunuh 10 orang, termasuk pegawai berpangkat leftenan kolonel.

Junta tentera, Jeneral Min Aung Hlaing ketika berucap pada perhimpunan Hari Angkatan Tentera berkata, pihaknya akan melindungi rakyat dan berusaha menegakkan demokrasi di Myanmar.

Penunjuk perasaan sebelum itu turun ke jalan-jalan raya di Yangon, Mandalay dan beberapa bandar lain, sebagaimana dilakukan setiap hari sejak tentera merampas kuasa 1 Februari lalu.

Portal berita Myanmar Now melaporkan 114 penunjuk perasaan dibunuh di seluruh negara dalam tindakan tentera untuk mematahkan demonstrasi.

Sekurang-kurangnya 40 penunjuk perasaan, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun terbunuh di Mandalay dan kira-kira 27 orang di Yangon, lapor portal berkenaan.

“Hari ini adalah hari yang memalukan buat angkatan tentera,” kata jurucakap CRPH, pergerakan antijunta yang ditubuhkan oleh bekas pengalam undang-undang.

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok