Tentera Filipina kawal bot hantar makanan ke Terumbu Second Thomas

November 23, 2021 · Dunia

Tentera laut Filipina berjaya menghantar bekalan makanan kepada anggota marin yang mengawal beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan hari ini, seminggu selepas pengawal pantai China menggunakan meriam air untuk memaksa bot bekalan berpatah balik, mencetuskan kemarahan dan amaran Manila.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana berkata, dua bot yang membawa anggota tentera laut itu sampai ke stesen marin yang ditempatkan di atas sebuah kapal tentera di Terumbu Second Thomas tanpa sebarang insiden besar.

Bagaimanapun, Lorenzana berkata ketika anggota tentera laut Filipina sedang memunggah bekalan daripada bot tersebut, sebuah kapal pengawal pantai China mengerahkan bot getah bersama tiga anggota yang merakam gambar dan video tentera Filipina.

“Saya telah memaklumkan kepada duta China bahawa kami menganggap perbuatan ini sebagai satu bentuk ugutan dan gangguan,” kata Lorenzana.

Menurutnya, bot yang membawa bekalan tiba di terumbu itu dengan diiringi tentera laut, dengan sebuah pesawat tentera Filipina turut melakukan tinjauan di sekitar terumbu itu yang dikelilingi oleh kapal pengawasan China.

Ketegangan di perairan yang kaya dengan sumber itu semakin memuncak sejak minggu lalu selepas kapal pengawal pantai China melepaskan tembakan meriam air ke arah bot Filipina yang menghantar bekalan kepada marin di Terumbu Second Thomas di Kepulauan Spratly, yang menjadi rebutan kebanyakan negara.

Sementara itu, Manila melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap serangan yang memaksa bot Filipina bagi membatalkan misi mereka.

Manakala Beijing menegaskan kapal tersebut memasuki perairan negaranya tanpa kebenaran.

China sebelum ini menuntut hampir semua perairan yang menjadi laluan bagi perdagangan bernilai trilion dolar setiap tahun dengan persaingan hebat dari negara lain seperti Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Malah, Beijing turut bertindak mengabaikan keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap yang berpangkalan di The Hague pada 2017 bahawa tuntutan yang dilakukan oleh negara itu dibuat tanpa asas. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok