Taufan Rai di Filipina korbankan lebih 70 nyawa

December 19, 2021 · Dunia

Lebih 75 mangsa dilaporkan terkorban dalam fenomena Taufan Rai iaitu yang terteruk pernah melanda Filipina sepanjang tahun ini, manakala hampir 300,000 lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Taufan Rai sudah melanda di wilayah selatan dan tengah kepulauan itu, memyebabkan terputusnya bekalan komunikasi dan elektrik di kebanyakan kawasan, sehingga meranapkan bumbung dan menumbangkan tiang elektrik konkrit.

Sehingga kini, usaha sedang digiatkan oleh pihak penyelamat untuk menghantar bekalan makanan dan minuman ke kawasan yang terjejas teruk.

Gabenor Bohol, Arthur Yap dalam laman Facebooknya mengesahkan terdapat 49 korban di kawasannya daripada angka 75 keseluruhan korban yang dilaporkan.

Menurutnya, lebih 10 orang lagi dilaporkan masih hilang manakala 13 lagi cedera akibat ribut kencang yang membadai Filipina sejak Khamis lalu dengan kelajuan angin mencapai sehingga 195 kilometer sejam.

“Komunikasi masih terputus, hanya 21 datuk bandar sahaja daripada 48 kesemuannya yang berjaya menghubungi dan memberikan maklumat kepada pihak kami,” jelasnya.

Yap turut menjangkakan angka korban akan terus meningkat di kawasan yang teruk dilanda banjir.

Sejak Khamis lalu, Taufan Rai sudah mula membadai Filipina di Pulau Siargao iaitu di selatan negara itu.

Berita berkaitan
Universiti di Filipina digegarkan insiden tembakan
July 24, 2022· Dunia
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Feri terbakar di Filipina, 7 orang disahkan maut
May 23, 2022· Dunia
Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, tiga maut
May 9, 2022· Dunia
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022
Lagi Dunia terkini
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
5 jam lalu · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
7 jam lalu · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
18 jam lalu · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok