Taufan Nanmadol landa barat daya Jepun, ragut dua nyawa

September 19, 2022 · Dunia

Taufan kuat melanda barat daya Jepun hari ini (Isnin, 19 September 2022), membawa hujan lebat dan angin kencang dan dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua penduduk, mencetuskan banjir, memutuskan talian elektrik dan dan menyaksikan berjuta-juta orang dinasihatkan berpindah ke tempat selamat.

Selepas mendarat di wilayah Kagoshima, Taufan Nanmadol kini menuju ke timur laut di sepanjang pantai barat Honshu. Walaupun ribut itu semakin lemah sejak mendarat lewat malam tadi, ia masih dijangka mencurahkan sebanyak 400 milimeter hujan di rantau itu, membasahi bandar-bandar utama termasuk Tokyo apabila orang ramai kembali bekerja pada Selasa selepas tiga hari cuti hujung minggu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata lebih kurang jam 6 petang Isnin (5 petang wanktu Malaysia), taufan itu bergerak ke timur laut berhampiran Matsue, wilayah Shimane, pada kelajuan kira-kira 35 kilometer sejam.

Ia mempunyai tekanan atmosfera 980 hektopascal di tengahnya, membawa angin sehingga 108 kilometer sejam (kmj) dengan tiupan maksimum 144kmj.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh pada Isnin apabila ribut melanda Pulau Kyushu, dengan salah seorang maut adalah seorang lelaki yang ditemui dalam sebuah kereta yang telah ditenggelami air di wilayah Miyazaki.

Seorang lelaki berusia 41 tahun juga ditemui mati di wilayah itu selepas kabin lereng gunungnya musnah akibat banjir lumpur, menurut polis dan sumber lain.

“Terdapat tanah runtuh beberapa kali di sekitar wilayah itu. Tanahnya seperti tanah liat jadi mudah runtuh,” kata seorang lelaki berusia 78 tahun yang tinggal berdekatan di bandar Mimata, sambil menambah bahawa kabin itu telah dibina sekitar setahun lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan di Hatsukaichi, wilayah Hiroshima, sedang mencari seorang lelaki berusia 82 tahun yang dikhuatiri terjatuh di laluan air.

Taufan itu mencetuskan tanah runtuh, merobek bahagian tepi bangunan dan memutuskan talian elektrik. Kira-kira 340,000 isi rumah, kebanyakannya di Pulau Kyushu, terputus bekalan elektrik pada Isnin.

Sekurang-kurangnya 87 orang telah cedera, menurut NHK.

Hampir 10 juta penduduk Pulau Kyushu dinasihatkan untuk mencari perlindungan di bangunan yang kukuh atau berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Pada Ahad, pihak berkuasa Kyushu mengambil langkah luar biasa dengan mengeluarkan “amaran khas” yang jarang digunakan susulan ancaman yang ditimbulkan oleh taufan berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
4 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok