Taufan Muifa bawa hujan lebat, angin kencang ke Pulau Okinawa

September 12, 2022 · Dunia

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Isnin memaklumkan bahawa Taufan Muifa yang kini melanda pulau-pulau di barat daya Okinawa Jepun membawa hujan lebat dan angin kencang.

Setakat 11 pagi waktu tempatan, Taufan Muifa dikesan pada kedudukan 30 kilometer (km) dari selatan Pulau Ishigaki dengan kelajuan angin mencecah hingga 216 kilometer sejam, lapor Xinhua menurut Bernama.

JMA, mengeluarkan amaran kepada penduduk berhampiran supaya berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh dan memantau paras air sungai.

Taufan yang ke-12 melanda negara itu pada musim ini, dijangka terus melanda Kepulauan Sakishima hingga Rabu sebelum bergerak ke utara.

Sekitar 357.5 milimeter curahan hujan direkodkan di Pulau Hateruma dalam tempoh 24 jam setakat pagi Isnin.

Taufan Muifa turut menyebabkan perkhidmatan pengangkutan di wilayah ini tergendala, dengan dua syarikat penerbangan utama Jepun, Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan penerbangan ke dan dari destinasi pelancongan popular iaitu pulau Miyako dan Ishigaki.

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ahli arkeologi Mesir temukan kota kuno terbesar zaman Firaun
April 10, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok