Tanah perkuburan Islam terbesar di Eropah bakal dibina di England

November 25, 2021 · Dunia

Jutawan bersaudara Zuber dan Mohsin Issa, mengumumkan rancangan mereka membina sebuah tanah perkuburan Islam terbesar di Eropah membabitkan keluasan 33.9 hektar tanah di di barat Blackburn, Lancashire di barat laut England.

Menurut Daily Mail, kawasan tesebut akan dinamakan Taman Memorial Issa yang bakal memiliki 35,000 tapak perkuburan atau bersamaan dengan keluasan 40 padang bola sepak.

“Kawasan tapak baharu ini dapat membantu menampung tanah perkuburan Islam terbesar sedia ada, di The Garden Of Peace yang dibuka di timur London pada tahun 2002 dengan memiliki 10,000 tapak dan kini semuanya sudah penuh.

“Pembinaan tapak baharu yang dilakukan oleh Yayasan Issa iaitu badan amal diasaskan hartawan bersaudara itu susulan peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19,” kata mereka.

Sebelum ini, kedua-dua hartawan itu bekerja sebagai pencuci tandas dan membeli Asda – rangkaian pasar raya terbesar – tahun lalu, telah memenangi persetujuan perancangan untuk membina masjid bernilai 5 juta pound (RM28 juta) di tempat asal mereka di Blackburn.

Bagaimanapun, rancangan pembinaan tanah perkuburan itu mendapat tentangan daripada penduduk tempatan yang menyatakan kebimbangan dengan kesesakan dan kepupusan habitat liar di tapak tersebut sekiranya ianya dibina.

Sehingga kini, lebih 2,800 orang sudah menandatangani petisyen untuk membantah pembinaan cadangan itu dan Majlis Hyndburn memohon lebih banyak maklumat mengenai pembangunan itu dijalankan.

Yayasan itu kini telah mendaftarkan permohonan dengan Majlis Hyndburn untuk mewujudkan tanah perkuburan, yang terletak di luar Blackburn Road, berhampiran bandar kecil Oswaldtwistle.

Tapak baharu ini terletak berhampiran jalan dari kompleks Frontier Park bernilai 100 juta pound milik mereka, yang mempunyai stesen servis, beberapa kedai makanan dan hotel ‘Hampton by Hilton’.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok