Tak sampai dua tahun Covid-19 ragut 5 juta nyawa

November 2, 2021 · Dunia

Angka kematian global akibat Covid-19 mencecah lima juta pada hari Isnin, tidak sampai dua tahun setelah krisis itu mula tercetus di Wuhan, China sebelum merebak ke seluruh dunia, tanpa mengira negara kaya atau miskin.

Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Brazil – semua negara berpendapatan sederhana atau tinggi – menyumbang satu perlapan daripada populasi dunia, tetapi hampir separuh daripada kematian dilaporkan di negara itu dengan AS sahaja merekodkan lebih 745,000 kematian, lebih banyak berbanding negara lain.

“Ini adalah waktu yang menentukan hidup kita. Apa yang perlu kita lakukan untuk melindungi diri supaya kita tidak mendapat 5 juta lagi?,” kata Dr Albert Ko, pakar penyakit berjangkit di Yale School of Public Health. “”

Jumlah kematian, menurut perkiraan Universiti Johns Hopkins, adalah lebih kurang sama dengan gabungan populasi Los Angeles dan San Francisco.
Ia menyaingi jumlah orang yang terbunuh dalam pertempuran antara negara sejak 1950, menurut anggaran Institut Penyelidikan Keamanan Oslo. Pada peringkat global, Covid-19 kini merupakan penyebab utama ketiga kematian, selepas penyakit jantung dan strok.

Angka yang mengejutkan itu hampir pastinya kurang daripada jumlah sebenar kerana ujian terhad dan orang yang meninggal dunia di rumah tanpa rawatan perubatan, terutamanya di bahagian miskin dunia, seperti India.

Titik panas telah berubah selama 22 bulan sejak wabak itu bermula, menjadikan beberapa tempat berbeza pada peta dunia berubah merah.

Kini, Covid-19 melanda Russia, Ukraine dan beberapa bahagian lain di Eropah Timur, terutamanya di mana khabar angin, maklumat salah dan ketidakpercayaan terhadap kerajaan telah menghalang usaha vaksinasi.

Di Ukraine, hanya 17 peratus daripada populasi dewasa diberi vaksin sepenuhnya; manakala di Armenia, hanya 7 peratus.

Apa yang unik tentang wabak ini ialah ia paling teruk melanda negara-negara yang mempunyai sumber tinggi. Itulah ironinya Covid-19,” kata Dr. Wafaa El-Sadr, Pengarah ICAP, sebuah pusat kesihatan global di Universiti Columbia.

“Negara kaya dengan jangka hayat yang lebih panjang, kadar warga emas yang lebih tinggi, penghidap kanser dan penghuni rumah jagaan, semuanya terdedah kepada Covid-19.

“Manakala negara miskin dengan jumlah kanak-kanak yang tinggi, remaja, dewasa dan tanpa mengira usia, dijangkiti virus ini,” kata El-Sadr.

India, di sebalik lonjakan kes akibat penularan varian Delta yang memuncak pada awal Mei, kini mempunyai kadar kematian harian jauh lebih rendah daripada Russia yang lebih kaya, AS atau Britain, walaupun terdapat ketidakpastian mengenai angkanya. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok