Tak perlu pakai pelitup muka: CDC

February 26, 2022 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menawarkan strategi baharu bagi membantu komuniti di seluruh negara itu hidup dengan Covid-19 dan kembali kepada beberapa versi kehidupan normal.

Garis panduan baharu itu mencadangkan bahawa 70 peratus rakyat AS kini boleh berhenti daripada memakai pelitup muka dan tidak perlu lagi menjaga penjarakan fizikal atau mengelakkan ruang dalaman yang sesak.

Cadangan itu tidak lagi hanya bergantung kepada bilangan kes dalam komuniti untuk menentukan keperluan sekatan seperti pemakaian pelitup muka.

Sebaliknya, CDC mengarahkan setiap negeri untuk mempertimbangkan tiga langkah untuk menilai risiko virus – kemasukan baharu ke hospital berkaitan Covid-19 pada minggu sebelumnya dan peratusan katil hospital yang diduduki oleh pesakit Covid-19, serta kes baharu Covid-19 baharu bagi setiap 100,000 orang sepanjang minggu sebelumnya.

Berdasarkan tiga faktor ini, setiap negeri boleh mengira sama ada risiko kepada penduduk mereka adalah rendah, sederhana atau tinggi, menurut agensi itu, dan hanya kawasan berisiko tinggi yang memerlukan semua orang memakai pelitup muka.

Tetapi individu yang tidak divaksinasi harus memakai pelitup muka walaupun di kawasan berisiko rendah, kata CDC.

Agensi itu mewajibkan pemakaian pelitup muka universal di sekolah sejak Julai tahun lalu, tanpa mengira tahap virus dalam komuniti, tetapi garis panduan baharu mengesyorkan pelitup muka di sekolah hanya di daerah berisiko tinggi.

Garis panduan baharu itu dikeluarkan ketika jangkitan Covid-19 semakin kurang di seluruh negara. Bilangan kes telah menurun ke tahap yang tidak dilihat sebelum lonjakan varian Omicron, dan kemasukan ke hospital juga menjunam.

Kira-kira 58,000 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 di seluruh negara, tetapi jumlah itu telah menurun kira-kira 44 peratus dalam dua minggu lalu.

Beberapa pakar berkata garis panduan baharu itu bersesuaian dengan keadaan semasa negara.

Bagaimanapun, sudah ada negeri di AS yang telah menghapuskan sekatan wabak itu, manakala kebanyakan negeri juga telah melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka.

Di bawah kriteria CDC sebelum ini, 95 peratus daripada negeri di AS dianggap berisiko tinggi. Menggunakan kriteria baharu, kurang daripada 30 peratus rakyat AS tinggal di kawasan yang mempunyai tahap risiko yang tinggi, kata agensi itu.

Set garis panduan baharu memberikan orang ramai rangka kerja untuk menyesuaikan langkah berjaga-jaga apabila tahap virus berubah, kata Pengarah CDC Dr Rochelle Walensky.

Mereka yang sangat terdedah kerana umur, status kesihatan atau pekerjaan mereka boleh memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan, tanpa mengira tahap risiko dalam komuniti mereka, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
September 28, 2022
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Korea Utara uji peluru berpandu, sehari sebelum Kamala tiba di Seoul
4 jam lalu · Dunia
Jutaan penduduk Florida bersedia hadapi taufan besar, merosakkan
4 jam lalu · Dunia
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
11 jam lalu · Dunia
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
17 jam lalu · Dunia
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok