Tak meletus sejak 5 dekad, gunung berapi di Sepanyol muntahkan lava

September 20, 2021 · Dunia

Hampir lima dekad tidak meletus, gunung berapi di pulau La Palma yang terletak di Sepanyol kembali aktif dan meletus buat kali pertama semalam sehingga orang ramai terpaksa diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing.

Ia kali pertama gunung berapi Cumbre Vieja yang terletak di Kepulauan Canary, Lautan Atlantik itu meletus dan memuntahkan lava, asap dan debu, sejak 1971.

Anggota polis Sepanyol berkata pihaknya memindahkan antara 5,000 hingga 10,000 penduduk tempatan dari kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Anadolu.

Sementara itu, kepulan asap dan lava telah menjejaskan empat lebuh raya utama.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez semalam menangguhkan perjalanannya ke New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebaliknya akan melawat ke La Palma.

Saintis Sepanyol mula mengesan peningkatan aktiviti gempa di kawasan berkenaan sejak lapan hari lalu, dan sekitar 25,000 gempa kecil direkodkan.

Beberapa saintis Sepanyol berkata letusan gunung berapi mungkin berterusan selama beberapa minggu.

Walaupun jarang berlaku, kejadian itu dilihat sebagai fenomena biasa dan tidak mempengaruhi aktiviti di lapangan terbang pulau kecil itu.

Presiden Kepulauan Canary Angel Victor Torres semalam berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Berita berkaitan
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023· Dunia
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022· Dunia
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022· Dunia
Kematian pertama akibat cacar monyet di Eropah
July 30, 2022· Dunia
Popular
Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani
May 13, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Trump mengaku tak bersalah atas 37 pertuduhan
June 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok