
Covid-19.
Taiwan kini sedang berdepan penularan wabak Covid-19 yang paling buruk sejak permulaan wabak di negara kepulauan tersebut.
Kerajaannya melaporkan lebih 11,000 kes baharu dikesan pada Khamis.
Menteri Kesihatannya, Chen Shih-chung, semasa taklimat Pusat Bilik Gerakan Utama Epidemik memberitahu sudah mengesan 11,353 kes baharu Covid-19 dengan dua kes kematian baharu.
Kebanyakan 858 kes kematian Covid-19 di Taiwan disumbang semasa musim panas tahun lalu.
Taiwan mengekalkan kawalan sempadan yang ketat dan pelawat diwajibkan menjalani kuarantin dua minggu semasa ketibaan.
Pihak berkuasa mengumumkan pada April tidak akan lagi mengekalkan polisi “sifar Covid”.
Sebaliknya, orang ramai diminta untuk menjalani kuarantin di rumah jika disahkan positif, melainkan mereka menunjukkan gejala sederhana sehingga teruk.
Selain itu, pemakaian topeng tidak diwajibkan di dalam dan di luar rumah tetapi penutup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kedai serta teater.
Penduduk Taiwan setakat ini masih terdapat kira-kira lima juta orang belum diberi vaksin sepenuhnya.