Sydney tarik balik perintah berkurung

September 15, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Sydney bersedia untuk menarik balik perintah berkurung di kawasan panas Covid-19 setelah angka jangkitan semakin stabil dengan kadar vaksinasi di negara itu semakin meningkat.

Selepas tiga bulan aktiviti di bandar terbesar di Australia itu terpaksa ditutup susulan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komunitinya, pihak berkuasa mengumumkan pelonggaran sekatan di kawasan yang paling teruk terjejas kerana wabak.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian memaklumkan perintah berkurung dari jam 9 malam hingga 5 pagi ditarik balik mulai hari ini, setelah hampir setahun dikuatkuasakan.

Selain itu, kadar jangkitan di wilayah berkenaan juga sudah mencapai sekitar 1,300 kes sehari dan hampir 80 peratus daripada penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sejak beberapa hari ini, keadaan kes harian semakin stabil. Pihak kami tidak mahu melihat percaturan trend ini salah,” katanya selain menggesa penduduk untuk terus berwaspada dan duduk dirumah.

Sehubungan itu, penduduk hanya boleh keluar dari rumah untuk membeli makanan, bersenam atau bagi mendapatkan rawatan perubatan sahaja, manakala sekolah, bar, restoran dan pejabat masih ditutup sejak akhir bulan Jun lalu dan penduduk tidak dibenarkan keluar dari rumah melebihi lima kilometer.

Sydney yang merupakan pusat wabak bagi varian Delta juga mencatatkan jumlah kes terendah sepanjang dua minggu lalu sehingga semalam, namun pihak berkuasa masih memberi amaran akan kebarangkalian peningkatan kes dalam masa terdekat ini.

Justeru, Sydney dan Melbourne memberi tumpuan kepada usaha untuk mempercepatkan program vaksinasi kepada penduduknya, sebagai persediaan kepada langkah melonggarkan sepenuhnya sekatan selain memastikan kejayaan strategi ‘sifar Covid’.

Sementara itu, negeri Victoria melaporkan penurunan kes dua hari berturut-turut susulan kadar vaksinasi bagi dos pertama telah mencapai tahap 70 peratus dengan beberapa larangan terus dikenakan untuk mencegah penularan varian Delta.

Sekitar 68 peratus daripada individu dewasa di negeri itu telah menerima suntikan vaksin dos pertama dan kemungkinan akan mencapai tahap 70 peratus dalam minggu ini kerana persediaan baharu yang telah dilancarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada penduduknya.

Hari ini, Victoria melaporkan 423 kes baharu Covid-19, turun berbanding 445 kes semalam. Dua kematian baharu turut direkodkan hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Australia merancang membuka sepenuhnya negara itu apabila kadar vaksinasi kepada populasi dewasa mencapai tahap 70 hingga 80 peratus.

Setakat ini, hampir 43 peratus individu dewasa di Australia telah divaksin sepenuhnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok