Sydney longgar sekatan Covid-19 mulai 11 Oktober

October 7, 2021 · Dunia

Sekatan Covid-19 akan dilonggarkan di Sydney mulai 11 Oktober ini, kata pihak berkuasa, susulan bandar terbesar di Australia itu akan keluar daripada ‘lockdown’ yang dikuatkuasakan hampir empat bulan, setelah mencapai sasaran vaksinasi 70 peratus penduduknya.

Individu yang lengkap divaksin di New South Wales (NSW) dibenar meninggalkan kediaman mereka dengan alasan apa pun termasuk mengunjungi pub, kedai runcit, pawagam dan gimnasium, yang akan dibuka semula di bawah peraturan jarak sosial yang ketat.

Menerusi kelonggaran itu, 10 individu yang lengkap divaksin juga dibenar berkumpul di rumah, manakala kapasiti kehadiran padan majlis besar seperti perkahwinan dinaikkan kepada 100 individu.

Kelab malam juga akan dibukan semula kepada orang ramai setelah 80 peratus penduduknya lengkap divaksin, sementara pelitup muka tidak wajib dipakai di pejabat.

Australia juga akan menguatkuasakan sistem pasport vaksinasi untuk memastikan mereka yang belum sepenuhnya diinokulasi tetap berada di bawah perintah tinggal di rumah sehingga 1 Disember.

“Vaksinasi adalah kunci kebebasan dan pengorbanan kita. Usaha seluruh penduduk New South Wales telah memastikan bahawa kita dapat membuka negeri ini secepat mungkin,” kata Ketua Menteri Dominic Perrottet kepada wartawan di Sydney pada Khamis.

Bandar terbesar di Australia seperti Sydney, Melbourne dan Canberra sudah menjalani sekatan penutupan sejak beberapa minggu lalu untuk mencegah penularan varian Delta, yang menyebabkan ekonomi Australia di ambang kemelesetan kedua sejak beberapa tahun lalu apabila terpaksa menanggung kerugian hampir A$2 trilion.

Pihak berkuasa di bandar raya itu terus berusaha mencegah penularan Covid-19 bagi memastikan sekatan dilonggarkan secara bertahap apabila jumlah penduduk lengkap divaksin mencapai kadari 70 peratur, 80 peratus dan 90 peratus.

Australia sebahagian besarnya bebas daripada virus sepanjang tahun ini sehingga gelombang ketiga jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta yang bergerak pantas merebak.

Namun, jumlah kes Covid-19 di negara itu masih rendah, dengan kira-kira 120,000 kes dan 1,381 kematian. Jangkitan harian di New South Wales jatuh ke tahap terendah dalam lebih dari tujuh minggu pada 587 kes hari ini, sementara kes di Victoria meningkat kepada 1,638, kenaikan jangkitan kedua tertinggi harian.

Negeri dengan jumlah kes yang rendah masih menutup sempadan dengan NSW dan Victoria, walaupun setelah tahap vaksinasi penuh mencapai 80 peratus, kerana bimbang pembukaan semula sempadan itu akan menyebabkan kes di negeri mereka meningkat semula. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
August 10, 2022
Lagi Dunia terkini
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
36 minit lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
13 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
16 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
20 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
20 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok