Syarikat penerbangan AS tarik nafas lega, sempadan antarabangsa dibuka

November 9, 2021 · Dunia

Setelah lebih 20 bulan menutup sempadan antarabangsanya kepada pelancong luar negara, Amerika Syarikat (AS) kini sudah membuka semula pintu masuknya kepada pelancong antarabangsa yang lengkap divaksin.

Xinhua melaporkan, langkah tersebut dilihat melegakan sektor pelancongan dan merapatkan kembali keluarga yang terpisah akibat sekatan Covid-19 dikenakan sebelum ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan New York dan New Jersey, ketibaan penerbangan antarabangsa di AS dijangka meningkat kepada 11 peratus semalam berbanding pada Oktober lalu di lapangan terbang antarabangsa Newark Liberty dan John F Kennedy dengan dianggarkan lebih 253 penerbangan dijadualkan akan mendarat di kedua-dua lapangan terbang tersebut.

Eksekutif syarikat penerbangan memaklumkan tempah tiket kembali meningkat sejak pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mengumumkan akan menarik balik sekatan itu.

“Saham di United Airlines, Delta Air Lines dan American Airlines sudah meningkat lebih satu peratus dalam dagangan pagi. Syarikat penerbangan itu juga banyak menyediakan perkhidmatan laluan antarabangsa dan berpeluang mendapat manfaat hasil daripada pembukaan semula perjalanan ke AS,” lapor CNBC.

Sebelum ini, sekatan antarabangsa itu dilaksanakan pada awal tahun lalu oleh bekas Presiden AS, Donald Trump yang melarang pelancong dari 33 negara termasuk Britain, sebahagian besar Eropah, China, Brazil dan Afrika Selatan dari memasuki AS dan sekatan itu disambung semula oleh Biden pada awal tahun ini.

Kini, pelancong asing boleh terbang ke AS dengan menunjukkan bukti sah vaksinasi penuh Covid-19 dalam bentuk sijil kertas, foto dokumen atau dalam versi digital.

Sementara itu, terdapat pengecualian bagi pelancong di bawah umur 18 tahun dan penumpang dari negara yang mempunyai kadar vaksinasi rendah.

Hanya vaksin yang diluluskan atau dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dan disenaraikan untuk digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti Johnson & Johnson, Pfizer/BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Covishield, Sinopharm dan Sinovac diterima.

Selain itu, sejak Januari lalu, pelancong divaksin lengkap juga perlu menunjukkan bukti ujian saringan negatif Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum tiba dan ia diwajibkan untuk semua ketibaan termasuk warganegara AS.

Manakala bagi pelancong yang tidak divaksin, ujian saringan Covid-19 wajib diambil dalam tempoh sehari sebelum bertolak. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok