Syarikat Jepun bakal terjejas susulan sekatan terhadap Rusia

May 30, 2022 · Dunia

Sekatan Jepun terhadap Rusia akan menjejaskan 15,000 syarikat Jepun, yang mempunyai transaksi perniagaan secara langsung atau tidak langsung dengan Rusia, lapor Sputnik, memetik laporan akhbar Jepun Asahi pada Isnin.

Akhbar itu memetik seorang ahli politik yang namanya tidak disebut yang mengatakan bahawa sekatan Jepun terhadap Rusia adalah sama seperti sekatan terhadap Korea Utara, lapor Bernama.

Kesan sekatan terhadap Moscow juga akan menjejaskan 15,000 syarikat Jepun yang menjalankan perniagaan dengan Rusia secara langsung atau tidak langsung ekoran larangan import dan eksport, menurut laporan itu.

Sekatan itu juga boleh menyebabkan kenaikan harga komoditi dalam negara, lapor akhbar itu.

Jepun menyertai kempen sekatan terhadap Rusia selepas negara itu melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Feb.

Ia turut mengenakan sekatan terhadap 507 individu dari Rusia dan 253 individu dari republik rakyat Donetsk dan Luhans, serta terhadap 201 entiti Rusia, termasuk bank-bank utama.

Tokyo turut mengenakan larangan ke atas eksport terhadap kira-kira 300 barangan, termasuk semikonduktor, radar, penderia, laser dan teknologi lain, serta kereta dan barangan mewah. Ia turut melarang import 38 jenis barangan dari Rusia antaranya termasuk venir, serpihan kayu, kereta dan motosikal, bir, wain dan vodka.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok