Syarikat dakwa vaksin Novavax beri perlindungan terhadap varian baharu

June 15, 2021 · Dunia

Firma bioteknologi Novavax berkata vaksin keluaran syarikat itu memiliki keberkesanan sangat tinggi terhadap virus Covid-19 selain memberi perlindungan meluas daripada varian, lapor kajian peringkat akhir di Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.

Vaksin berkenaan dikatakan mempunyai keberkesanan sehingga 90 peratus secara keseluruhan dan data awal menunjukkan ianya selamat untuk digunakan, kata syarikat itu.

Sementara permintaan terhadap vaksin Covid-19 di AS turut secara dramatik, keperluan lebih banyak vaksin di seluruh dunia tetap kritikal.

Vaksin Novavax, yang mudah disimpan dan dipindahkan, diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan bekalan vaksin negara sedang membangun.

Syarikat itu berkata mereka merancang untuk mendapatkan kelulusan bagi digunakan di AS, Eropah dan negara lain pada akhir September dan mampu menghasilkan sehingga 100 juta dos sebulan pada ketika itu.

“Kebanyakan dos Novavax akan dihantar ke negara berpendapatan rendah dan sederhana dan itu adalah sasaran permulaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Novavax Stanley Erck.

Sementara lebih daripada separuh populasi AS sudah sekurang-kurangnya menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19, kurang daripada satu peratus penduduk di negara membangun memperoleh dos pertama, lapor Our World In Data.

Kajian Novavax meliputi hampir 30,000 individu berusia 18 tahun ke atas di AS dan Mexico. Dua pertiga daripadanya sudah menerima dos kedua tiga minggu selepas suntikan pertama.

Vaksin ini juga berkesan terhadap beberapa varian termasuk yang pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) yang dominan di AS, dan terhadap populasi berisiko tinggi, terutama orang tua dan yang mempunyai masalah kesihatan lain.

Kebanyakan kesan sampingan adalah yang biasa berlaku – sakit di tempat suntikan. Tidak ada laporan mengatakan berlaku pembekuan darah atau masalah jantung, kata Erck.

Novavax melaporkan hasil kajian itu akan dimasukkan ke dalam jurnal perubatan, di mana ia akan diperiksa oleh pakar bebas. Sebelum ini firma berkenaan sudah mengeluarkan laporan kajian yang membabitkan bilangan kecil peserta di Britain dan Afrika Selatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok