Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan

August 10, 2022 · Dunia

Polis New Mexico pada Selasa menahan seorang lelaki yang disyaki suspek utama pembunuhan empat lelaki Islam di Albuquerque sejak November – satu siri pembunuhan yang menggegarkan masyarakat Islam di bandar terbesar di negeri itu.

Polis mengesan kenderaan yang disyaki digunakan dalam pembunuhan itu dan menahan suspek, kata Ketua Polis Albuquerque Harold Medina di Twitter. Pembunuhan terbaru melibatkan seorang lelaki yang ditembak mati pada malam Jumaat lalu.

“Pemandu itu telah ditahan dan dia adalah suspek utama kami bagi pembunuhan itu,” tulis Medina.

Pentadbiran Albuquerque dan pihak berkuasa negeri telah menempatkan lebih ramai polis tambahan di masjid semasa waktu solat ketika siasatan diteruskan di bandar itu, yang mempunyai populasi seramai 5,000 orang Islam daripada jumlah keseluruhan 565,000 penduduk.

Tembakan gaya serang hendap ke atas lelaki itu, yang berketurunan Pakistan atau Afghanistan, menimbulkan ketakutan masyarakat Islam Albuquerque. Keluarga bersembunyi di rumah mereka, dan beberapa pelajar Pakistan di Universiti New Mexico meninggalkan bandar kerana bimbang diserang.

Pembunuhan pertama berlaku pada November. Tiga lelaki lain terbunuh sejak dua minggu lalu.

Tiga mangsa terakhir berkongsi nama Hussain atau Hussein, menyebabkan keluarga mangsa percaya pembunuh itu telah memprofilkan lelaki itu secara perkauman. – Agensi

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023· Dunia
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok