Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali

January 14, 2022 · Dunia

Seorang wanita yang sudah bergelar isteri dihukum sebat 100 kali di wilayah Aceh, Indonesia pada Khamis kerana berzina, manakala pasangan lelakinya, yang menafikan tuduhan itu hanya menerima 15 sebatan.

Ketua Bahagian Siasatan Am Pejabat Pendakwaan Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi berkata mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap wanita yang sudah berkahwin itu selepas dia mengaku melakukan hubungan seks di luar perkahwinannya.

Hakim bagaimanapun sukar untuk mensabitkan kesalahan lelaki itu, yang ketika itu mengetuai sebuah agensi perikanan di Aceh Timur dan juga telah berkahwin, kerana dia menafikan semua salah laku, kata Alavi.

“Semasa perbicaraan, dia tidak mengaku apa-apa, menafikan semua tuduhan. Oleh itu, (hakim) tidak dapat membuktikan sama ada dia bersalah,” kata Alavi kepada pemberita selepas sebatan secara terbuka terhadap pesalah undang-undang Syariah di Aceh Timur pada Khamis.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti Muslim melaksanakan undang-undang Islam, yang membenarkan hukuman sebat bagi tuduhan termasuk perjudian, perzinaan, minum arak dan gay.

Sebagai hukuman alternatif, sebaliknya hakim mendapati lelaki yang sudah berkahwin itu bersalah kerana “menunjukkan kasih sayang kepada pasangan wanita yang bukan isterinya” selepas pasangan itu ditangkap penduduk tempatan di ladang kelapa sawit pada 2018.

Dia pada mulanya dijatuhi hukuman 30 sebatan tetapi Mahkamah Agung Syariah di Aceh mengurangkan hukuman kepada 15 kali sebatan setelah menerima rayuannya.

Sebatan wanita itu dihentikan seketika kerana dia tidak dapat menahan kesakitan, menurut seorang wartawan AFP di lapangan.

Seorang lagi lelaki yang disabitkan kesalahan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur turut disebat 100 kali pada Khamis.

Lelaki itu juga akan menjalani hukuman penjara 75 bulan kerana jenayah yang dilakukan setelah menjalani hukuman sebat.

Tidak seperti wilayah lain, Aceh melaksanakan undang-undang Islam sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi 2005 yang dipersetujui dengan kerajaan pusat yang menamatkan pemberontakan pemisah selama berdekad-dekad.

Kumpulan hak asasi manusia menyelar hukuman sebat awam sebagai kejam, dan Presiden Indonesia Joko Widodo telah menggesa agar ia dihentikan. Bagaimanapun, hukuman itu mendapat sokongan padu dalam kalangan penduduk Aceh. – AFP

Berita berkaitan
Penduduk Aceh digegar gempa bumi 5.6 skala Richter
July 31, 2022· Dunia
Popular
Phuket ditutup semula selepas sebulan benar pelancong masuk
July 30, 2021
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok