Suntikan dos penggalak akan diberi secara tahunan

October 28, 2021 · Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna Inc., Staphane Bancel menjangkakan bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas akan diberikan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara tahunan bermula 2023.

Minggu lalu, pengawal selia ubat-ubatan dan penyakit Amerika Syarikat (AS) sudah meluluskan separuh dos vaksin Moderna untuk diberikan sebagai dos penggalak kepada individu berusia 65 tahun ke atas dan penerima lain yang layak.

Sejak September lalu, Pfizer Inc sudah memberi kelulusan untuk menyuntik dos penggalak kepada kumpulan umur tersebut.

Susulan penularan secara meluas dari varian Delta di seluruh dunia, beberapa negara sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada rakyatnya, terutama melibatkan golongan individu berumur 60 tahun dan ke atas.

“Saya dapat melihat bermula tahun 2023, semua golongan individu berumur 50 tahun dan ke atas bakal diberikan dos penggalak setiap tahun. Ini kerana, populasi golongan ini sudah menunjukkan peningkatan kes kemasukan ke hospital dan kadar kematian yang banyak,” jelas Bancel.

Bancel juga memaklumkan, vaksin Moderna turut akan terlibat sama dalam ‘dialog berterusan yang memberangsangkan’ mengenai perlesenan semula jangka hayat vaksin Covid-19 kepada hab pembuatan vaksin kepada Afrika Selatan, dimana turut mendapat sokongan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pihak WHO akan berusaha mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin Covid-19 kepada negara Afrika bagi membantu meningkatkan akses vaksin, selepas negara kaya di seluruh dunia sudah membeli sebahagian bekalan vaksin pada tahun ini, menyebabkan negara miskin mengalami kadar vaksinasi yang rendah.

“Pihak kami jelas sekali tidak akan melaksanakan litigasi atau hak paten ketika pandemik ini,” katanya lagi.

“Namun, persoalannya, adakah mereka akan laksanakan lesen suntikan untuk jangka masa panjang dan seperti yang kita semua sedia maklum, perlesenan semula vaksin akan memberikan banyak implikasi.”

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok