Suntik vaksin Covid-19 dalam pesawat Airbus, pikat kanak-kanak

Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian ibu bapa dan kanak-kanak menyertai kempen suntikan pelalian vaksin Covid-19 dalam usaha mengekang penularan virus itu.

Bandar Cologne dan Lapangan Terbang Cologne/Bonn di Jerman, menawarkan pengalaman vaksinasi yang luar biasa, dengan menukar pesawat Airbus A300 Zero G menjadi pusat vaksinasi untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Selepas mendapat suntikan pelalian masing-masing, kanak-kanak dan ibu bapa akan dibawa melawat kokpit pesawat dan peluang untuk mengambil gambar.

Sehingga 2014, Airbus A300 Zero G telah digunakan untuk program simulasi tanpa berat dan dikenali sebagai pesawat ‘parabola’ selain digunakan untuk penerbangan ujian dan latihan.

Ibu bapa yang ditemui menyifatkan program itu adalah alternatif menarik yang “membawa penerima vaksin keluar dari bilik doktor”.

Panel penasihat vaksin bebas Jerman sebelum ini mengesyorkan vaksinasi untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 dengan keadaan sedia ada atau yang berada dalam kalangan mereka yang terdedah dengan jangkitan Covid-19

Kanak-kanak dalam kumpulan umur ini perlu menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech dengan selang tiga hingga enam minggu, kata panel itu. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR