Suhu global bakal meningkat 2.7 Celsius

October 28, 2021 · Dunia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengeluarkan amaran tegas berkenaan keadaan bumi yang bakal mengalami kenaikan suhu purata sebanyak 2.7 darjah Celsius berdasarkan komitmen semasa proses mengurangkan perlepasan gas di rumah hijau.

Amaran itu dikeluarkan oleh pihak United Nation Enviroment Programme (UNEP) beberapa hari sebelum majlis Persidangan Perubahan Iklim COP26 di Glasgow, Scotland.

Langkah untuk mengurangkan pencemaran karbon dilihat masih lemah dan ‘janji sebelum ini masih belum ditunaikan’.

Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Anderson memaklumkan, negara G20 akan dipertanggungjawabkan terhadap perlepasan lebih 78 peratus dari gas itu.

“Negara-negara maju perlu bertanggungjawab keatas peningkatan gas itu dan lebih dari 193 negara anggota sudah melakukannya,” jelasnya.

Menurut Anderson, langkah segera perlu diambil sekarang kerana kebanyakan negara sudah berikrar untuk menangguhkan isu tersebut sehingga tahun 2030.

Katanya, keadaan itu sudah terlalu lewat dan lebih banyak kerosakan terburuk dijangka akan berlaku akibat perubahan iklim global tersebut.

Persidangan COP26 adalah peluang terakhir untuk meletakkan dunia berada di landasan yang betul bagi mengurangkan tahap pemanasan global kepada 1.5 Celsius kepada sektor pra-industri.

Dengan itu, para saintis memaklumkan langkah itu sedikit sebanyak dapat membantu bagi mengelakkan perubahan bencana yang paling teruk seperti ribut, kebakaran hutan dan banjir di seluruh dunia.

Berita berkaitan
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022· Dunia
Pasaran global tak menentu beri kesan kepada Bursa Malaysia
June 18, 2022· Isu semasa
Fenomena cuaca panas di Indonesia dijangka berterusan hingga Nov
May 16, 2022· Dunia
Penduduk India dan Pakistan berdepan haba panas melampau
April 29, 2022· Dunia
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
13 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
15 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022 · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022 · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok