Suami sayang isteri, bina rumah ‘berpusing’ di Bosnia

October 11, 2021 · Dunia

Kisah cinta sepasang suami isteri ini mungkin tidak sehebat kisah Taj Mahal di India, namun sebuah rumah di pekan kecil di utara Bosnia ini sudah dibina atas nama cinta.

Rumah di Srbac itu dibina dan direka khas oleh seorang lelaki berumur 72 tahun, Vojin Kusic dengan bahagian luarnya berwarna hijau kekuningan dan bumbungnya diperbuat dari keluli merah, ia boleh berpusing dalam pusingan 360 darjah.

Idea pembuatan rumah itu dihasilkan sendiri oleh Vojin, semata-mata untuk mengikut citarasa isterinya, Ljubica yang sering ingin melihat pemandangan berbeza dari tingkap rumahnya.

Di Bosnia, nama Ljubica membawa maksud ‘yang disayangi’.

“Selepas saya mencecah umur sebegini dan anak-anak mula mengambil alih perniagaan keluarga, barulah saya mempunyai masa yang cukup untuk menunaikan impian isteri saya.

“Isteri saya ingin menukar kedudukan bilik pada bila-bila sahaja masa yang dia mahukan,” jelasnya.

Sebelum ini, ketika awal perkahwinan, Vojin pernah membuat sebuah rumah untuk mereka menjalani kehidupan bersama tiga orang anaknya.

Pada masa itu, isterinya mahu bilik tidur mengadap matahari terbit, namun itu bermaksud, ruang tamu mereka perlu menghadap sudut menjauhi jalan.

Selepas itu, isterinya sering mengadu tidak dapat melihat orang yang datang ke rumah mereka dari halaman depan rumah dan Vojin terpaksa mengubah semula model rumah mereka.

“Saya terpaksa robohkan dinding antara dua bilik tidur dan menjadikannya ruang tamu, serta perlu mengubah semula semua pemasangan eletrikal. Ia sangat rumit dan memenatkan, namun itu yang isteri saya inginkan,” ujarnya.

Kemudian, enam tahun lalu, seorang anaknya sudah membuat keputusan untuk menetap bersama mereka, meskipun selepas berkahwin.

Vojin dan isterinya, Ljubica membenarkan anaknya duduk di tingkat atas rumah, dan mereka berpindah ke aras bawah rumah.

“Sekali lagi, di aras bawah, saya perlu merobohkan dinding. Namun, saya sempat berfikir sebelum isteri saya terus menukar fikiran lain, saya sudah mengambil keputusan terdahulu untuk membina sebuah rumah baharu yang boleh berpusing, supaya isteri saya boleh mengubah kedudukan yang dia inginkan pada bila-bila masa,” terang Vojin.

Vojin yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, mampu mereka bentuk dan membangunkan rumah berpusing itu sendiri dengan hasil titik peluhnya, menggunakan motor elektrik dari sebuah kenderaan tentera lama.

“Sekarang, kedudukan pintu rumah kami juga boleh berpusing, dengan itu isteri saya mengesan sekiranya ada tetamu tidak diundang dan dia boleh memusingkan seluruh rumah mengikut kemahuannya,” Vojin berseloroh.

Berita berkaitan
Covid: Warga Bosnia hargai inisiatif Muhyiddin selamatkan penduduk
January 19, 2023· Isu semasa
Malaysia hantar 50,000 dos vaksin Covid-19 kepada Bosnia
April 8, 2021· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok