Stesen meteorologi tertinggi dunia dibina China

May 6, 2022 · Dunia

Pasukan penyelidik China berjaya menempatkan stesen pemantauan meteorologi automatik di puncak Gunung Qomolangma, pada tengah hari Rabu.

Berada pada ketinggian lebih 8,800 meter, ia merupakan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia, sekali gus menjadikannya sangat signifikan dalam sejarah kajian saintifik Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, lapor Bernama.

Kemudahan itu mengatasi stesen meteorologi yang berada pada ketinggian 8,430 meter di sebelah selatan gunung yang dibina saintis British dan Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Menurut Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet (ITP) di bawah Akademi Sains China (CAS), pencapaian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen meteorologi yang berada di altitud berbeza di Gunung Qomolangma mencecah lapan buah.

Ahli penyelidik ITP, Zhao Huabiao berkata data meteorologi yang dipantau akan menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti mendaki gunung.

Pada Rabu, seramai 13 penyelidik berjaya sampai di puncak gunung, dan buat julung kalinya mengukur ketebalan ais dan salji dengan radar berketepatan tinggi, serta mengumpul sampel berkenaan untuk kajian lanjut.

Dengan kajian lapangan paling banyak, bilangan peserta paling ramai serta peralatan dan kelengkapan paling canggih, ekspedisi bergelar “Misi Puncak” itu adalah antara yang terbesar sejak program kajian saintifik di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet bermula pada 2017.

Penyelidikan berkenaan penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar di dataran tinggi itu dapat dicapai, dan menjadikan negara ini peneraju dalam bidang ekspedisi di peringkat antarabangsa.

Berita berkaitan
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Bilangan pelajar antarabangsa warga China terbesar di UTM tahun ini
February 3, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Payudara bengkak selepas suntikan Pfizer, bukan membesar: Laporan
July 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok