Staf hospital di England dijangkiti Covid-19 naik lebih dua kali ganda

January 1, 2022 · Dunia

Jumlah kakitangan hospital di England yang dijangkiti Covid-19 atau menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat, meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sebulan, tatkala lonjakan jangkitan virus memberi kesan kepada sistem kesihatan negara itu.

Menurut data yang diterbitkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England, jumlah kakitangan hospital yang sakit atau menjalani kuarantin kendiri akibat virus itu meningkat daripada 11,375 pada 29 November 2021 kepada 24,362 pada 26 Disember 2021.

“Kadar ketidakhadiran kakitangan yang meningkat secara mendadak, bertepatan dengan bilangan pesakit yang ramai dalam tempoh 10 bulan,” kata Pengarah NHS England, Stephen Powis.

Jumlah pesakit di hospital dengan Covid-19 di United Kingdom (UK) mencecah 11,898 pada Rabu, paras tertinggi sejak awal Mac, dan meningkat 40 peratus dalam seminggu.

“Kami belum mengetahui skala penuh peningkatan kes Omicron. NHS berada di medan perang dan kakitangan kami tetap bersiap siaga untuk berdepan situasi terburuk,” akui Powis.

UK adalah salah satu negara Eropah yang paling teruk dilanda wabak Covd-19 dengan angka kematian mencecah 148,421 kes.

Pada masa sama, NHS England telah mula membina hospital lapangan sementara untuk menampung kemungkinan lebihan pesakit jika katil di hospital utama penuh.

Agensi itu merancang menyediakan 4,000 katil, dengan dalam beberapa kes NHS akan menggunakan kemudahan asas sedia ada di hospital, seperti gim atau pusat pendidikan.

Di sebalik lonjakan kes baharu, Perdana Menteri Boris Johnson memilih untuk tidak mengenakan sekatan ketat sepanjang tempoh perayaan di England, tidak seperti kerajaan lain – Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Sebaliknya, beliau memberi tumpuan menggalakkan orang ramai untuk mengambil suntikan dos penggalak, yang sehingga kini telah diberikan kepada lebih 33 juta penduduk negara itu.

Pada Jumaat, Agensi Pengawalseliaan Ubat dan Produk Kesihatan UK (MHRA) meluluskan pil antiviral Pfizer kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas bagi menangani penularan Covid-19.

Pil Paxlovid bagi individu yang berdepan risiko tinggi dijangkiti Covid-19 mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat minggu lalu kepada mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas.

Pfizer berkata ujian klinikal membuktikan pil itu mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan individu berisiko sebanyak hampir 90 peratus.

Kerajaan UK mengumumkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli lebih daripada 4 juta paket Paxlovid Pfizer dan Molnupiravir Merck/MSD. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Budak tiga tahun disembunyikan dalam peti sejuk beku selamat
41 minit lalu · Dunia
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
14 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
14 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022 · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok