Sri Lanka terima AS$160 juta bantuan daripada Bank Dunia

May 19, 2022 · Dunia

Sri Lanka pada Selasa menerima US$160 juta daripada Bank Dunia, kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe di parlimen pada Rabu, lapor Xinhua.

Wickremesinghe juga berkata negara itu akan menerima geran daripada Bank Pembangunan Asia tidak lama lagi, lapor Bernama.

“Dana Bank Dunia tidak boleh digunakan untuk membeli bahan api. Bagaimanapun, kami akan membuat permintaan kepada bank itu sama ada sebahagian daripada wang itu boleh digunakan untuk menyelesaikan segera krisis bahan api,” kata Wickremesinghe.

Menteri Tenaga dan Kuasa Kanchana Wijesekera pada hari yang sama memberitahu parlimen bahawa negara kehabisan stok petrol untuk dua hari berikutnya, namun memberi jaminan ia akan diselesaikan pada hujung minggu.

Sri Lanka menghadapi krisis ekonomi yang teruk sejak negara itu gagal membayar hutang luar negerinya pada 12 April 2022.

Perdana menteri berkata semua ahli parlimen mesti bekerjasama untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh Sri Lanka, sambil menambah beliau akan membentangkan kepada parlimen laporan komprehensif mengenai status kewangan negara pada minggu hadapan.

Wickremesinghe dilantik sebagai Perdana Menteri pada 12 Mei selepas Mahinda Rajapaksa meletak jawatan.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok