Sri Lanka sahkan peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa sebagai Presiden

July 15, 2022 · Dunia

Speaker Parlimen Sri Lanka Mahinda Yapa Abeywardena pada Jumaat mengesahkan Gotabaya Rajapaksa telah meletak jawatan sebagai presiden negara itu.

Gotabaya menghantar surat peletakan jawatannya menerusi e-mail pada Khamis selepas tiba di Singapura dari Maldives, setelah melarikan diri dari Sri Lanka dengan pesawat tentera pada Rabu berikutan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya, lapor Bernama.

Beliau sebelum ini telah melantik Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe sebagai pemangku presiden.

“Gotabaya sudah letak jawatan secara sah,” kata Abeywardana.

Gotabaya yang menjadi presiden pada November 2019 merupakan seorang pegawai tentera bersara yang memainkan peranan penting dalam menamatkan perang saudara Sri Lanka selama beberapa dekad.

Speaker Parlimen Maldives Mohamed Nasheed dalam hantaran media sosial pada Khamis turut mendedahkan Gotabaya kini bukan lagi presiden.

“Presiden GR telah meletak jawatan. Saya harap Sri Lanka kini boleh bergerak ke hadapan. Saya percaya Presiden tidak akan meletak jawatan jika beliau masih berada di Sri Lanka, kerana bimbang nyawanya terancam. Saya memuji tindakan bertimbang rasa kerajaan Maldives. Tahniah kepada rakyat Sri Lanka,” ciap Nasheed di Twitter.

Ramai rakyat Sri Lanka mengkritik Maldives kerana membantu Gotabaya melarikan diri. Peletakan jawatan Gotabaya menandakan kejatuhan hebat puak Rajapaksa selepas memegang tampuk politik Sri Lanka selama dua dekad.

Adiknya Basil Rajapaksa, yang memiliki kerakyatan Amerika, berhenti sebagai menteri kewangan pada April, manakala abangnya Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Mei.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok