Sri Lanka minta bantuan kewangan dari India AS$500 juta

May 30, 2022 · Dunia

Sri Lanka sedang mengadakan perbincangan dengan India bagi mendapatkan bantuan baharu kredit bernilai US$554 juta untuk menangani kekurangan bahan api kritikal pada Jun.

Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera pada Isnin berkata beliau mengadakan pertemuan dengan gabenor Bank Pusat Sri Lanka (CBSL) Nandalal Weerasinghe bagi membincangkan keperluan pertukaran asing Ceylon Petroleum Corporation (CPC) yang dikendalikan kerajaan, lapor Bernama.

“Jumlah keperluan import pada bulan Jun adalah US$554 juta.

“AS$100 juta akan disalurkan melalui saluran kredit India sedia ada,” katanya dalam catatan di media sosial.

Wijesekera berkata kemudahan kredit India bernilai US$500 juta yang baharu sedang dibincangkan.

Sri Lanka, yang berdepan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini, telah menerima sokongan kewangan daripada India dalam bentuk pinjaman fleksibel.

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke India, Milinda Moragoda, pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman untuk membincangkan bantuan lanjut.

Mesyuarat itu “meneroka kemungkinan menambah dan menyusun semula bantuan yang diberikan India dalam bentuk kredit untuk komoditi penting dan bahan api serta sokongan imbangan pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sri Lanka juga cuba mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). IMF diketuai Peter Breuer dan Masahiro Nozaki minggu lalu telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Sri Lanka.

Dalam kenyataannya selepas rundingan 9-24 Mei, IMF menzahirkan kebimbangan serius mengenai keadaan kewangan negara.

Perbincangan itu meliputi “pakej pembaharuan yang komprehensif untuk memulihkan kestabilan makroekonomi dan kemampanan hutang”.

IMF menyatakan sejak hutang Sri Lanka dinilai sebagai tidak mampan, kelulusan lembaga eksekutifnya bagi pakej Sri Lanka “memerlukan jaminan yang mencukupi bahawa kemampanan hutang akan dipulihkan.”

Berita berkaitan
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022· Dunia
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
July 1, 2022· Isu semasa
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
June 29, 2022· Politik
Popular
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
July 4, 2022
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
4 jam lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
5 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
7 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
14 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok