Sri Lanka memerlukan AS$3 bilion pulih daripada krisis ekonomi

April 10, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya AS$3 bilion diperlukan untuk memulihkan Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi yang teruk ketika ini.

Sri Lanka perlu mendapatkan bantuan luar dalam tempoh enam bulan untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan termasuk bahan api dan ubat-ubatan, kata Menteri Kewangannya.

Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu dilanda krisis tenaga apabila terputus bekalan elektrik dan kekurangan bekalan tenaga sehingga mengakibatkan rakyat bertindak turun ke jalan raya bagi mendesak Presiden Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan.

“Ia adalah tugas yang sukar,” kata Menteri Kewangan Ali Sabry yang baharu dilantik minggu ini.

Ali juga berkata mereka bersedia untuk berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bulan ini.

Kerajaan negara itu juga akan berusaha untuk menyusun semula bon antarabangsa dan mendapatkan moratorium pembayaran, malah yakin dapat berunding dengan pemegang bon berhubung pembayaran AS$1 bilion yang perlu dibayar pada Julai.

Penganalisis kewangan, JP Morgan menjangkakan pembayaran hutang kasar Sri Lanka akan berjumlah AS$7 bilion tahun ini, dengan defisit akaun semasa sekitar AS$3 bilion.

Negara itu mempunyai AS$12.55 bilion bon antarabangsa terkumpul, menurut data bank pusat dan rizab asing sebanyak AS$1.93 bilion pada akhir Mac.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok