‘Spanish Laughing Guy’ meninggal

April 29, 2021 · Dunia

Anda mungkin terhibur melihat lagaknya yang sering ketawa lucu dan dijadikan meme klip video oleh pengguna media sosial seluruh dunia.

Itulah, Juan Joya Borja, lelaki yang terkenal di seluruh dunia sebagai ‘Spanish Laughing Guy’. Dia disahkan meninggal dunia pada usia 65 tahun setelah mengalami sakit yang agak lama.

Lebih dikenali sebagai El Risitas, pelawak itu terkenal menerusi penampilannya di kaca televisyen dan mulai 2014 pengguna media sosial mula mengikutinya.

Dia mula tular di media sosial sejak penampilannya dalam program lewat malam bersama pengacara Jesus Quintero, apabila wajah ikonik dan ketawa lucunya dijadikan meme oleh pengguna media sosial seluruh dunia.

Klip terkenalnya yang menunjukkan dia ketawa berdekah-dekah sebenarnya berasal daripada rancangan larut malam Ratones Coloraos, di mana dia ditemu ramah mengenai pengalamannya sebagai pembantu dapur.

Dalam klip rancangan yang dimuat naik di YouTube pada tahun 2007, Borja memberitahu Quintero bagaimana dia pernah meninggalkan 20 pinggan di tepi pantai semalaman untuk membersihkannya.

Keesokannya dia kembali ke tepi pantai dan melihat air laut telah menghanyutkan semua pinggan itu, kecuali satu.

Ceritanya itu menyebabkan dia dan Quintero ketawa berdekah-dekah sambil menepuk meja dengan wajah Borja kelihatan seakan-akan tidak ada gigi.

Pada 2014, pengguna internat mula menyiarkan semula klip video rancangan tersebut dengan sari kata yang langsung tidak berkaitan, sebaliknya mengikut kesesuaian negara masing-masing.

Gelak ketawa Borja itu dijadikan meme dalam pelbagai bahasa dan semua platform termasuk politik Mesir hingga ke produk terbaharu Apple. – Agensi

Berita berkaitan
Polis dapatkan bantuan Interpol kesan lokasi pelawak perlekeh negara
June 13, 2023· Isu semasa
Dua lelaki naik kereta waja diburu polis simbah cat di kelab komedi
July 20, 2022· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok