Sinovac + penggalak jenama lain tingkat ketahanan ke tahap tertinggi

January 22, 2022 · Dunia

Kajian dilakukan penyelidik Brazil dan Universiti Oxford England mencadangkan individu yang menerima dua dos vaksin Covid-19 jenama Sinovac buatan China perlu mendapatkan suntikan berbeza bagi meningkatkan perlindungan terhadap Omicron.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet – jurnal perubatan yang hanya menyiarkan kertas kerja kajian berkualiti – pada Jumaat (21 Januari 2022), menguji kombinasi dos penggalak terhadap 1,240 individu dari Brazil berumur 18 tahun ke atas yang telah diimunisasi dengan suntikan Sinovac, salah satu vaksin yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, enam bulan sebelumnya.

Sementara individu yang menerima dos penggalak juga jenama Sinovac mengalami peningkatan antibodi 28 hari kemudian, tahap peningkatan didapati jauh lebih tinggi terhadap mereka yang mengambil dos penggalak Pfizer, AstraZeneca, atau Johnson & Johnson.

Pendekatan ‘campur dan padan’ dos penggalak mendorong perlindungan antibodi yang lebih kuat terhadap kedua-dua varian Delta dan Omicron, berbanding dengan dos ketiga vaksin Sinovac, yang dikenali sebagai CoronaVac, menurut kajian itu.

Hasil kajian itu juga adalah selaras dengan penemuan daripada kajian-kajian lain yang menyokong apa yang dikenali sebagai ‘jadual peningkatan heterolog’.

Bukti bahawa penggalak Sinovac meningkatkan tahap antibodi adalah berita baik untuk syarikat pengeluarnya, dan China serta negara membangun lain yang menjadikan vaksin itu sebagai pilihan utama.

Akhir tahun lalu, firma biofarmaseutikal Sinovac Biotech Ltd memaklumkan bersiap sedia berdepan kemerosotan pendapatan setelah beberapa kajian menimbulkan keraguan berhubung keberkesanan vaksinnya terhadap Omicron, walaupun selepas suntikan dos penggalak.

Namun, kombinasi lain adalah lebih baik. Data menunjukkan “tindak balas luar biasa terhadap dos ketiga vaksin Covid-19 dalam jadual vaksin heterolog,” kata Pengarah Oxford Vaccine Group di Brazil, Profesor Sue Ann Costa Clemens.

“Data ini juga akan membimbing negara berpendapatan rendah dan sederhana lain dalam menyediakan program penggalak yang paling optimum dan berpatutan,” tambahnya.

Dos penggalak Pfizer meningkatkan antibodi 152 kali ganda, peningkatan terbesar dalam semua hasji kajian, manakala peningkatan daripada dos CoronaVac ketiga adalah dua belas kali ganda.

Sinovac dan Sinopharm, penyedia suntikan Covid-19 utama lain di China, kedua-duanya bergantung kepada teknologi vaksin yang lebih tradisional dan tidak diaktifkan, manakala Pfizer menggunakan teknologi RNA messenger yang lebih baharu dalam inokulasi.

Kapasiti peneutralan terhadap Omicron dikesan dalam hampir semua individu yang mencampurkan CoronaVac dengan vaksin lain.

Sebaliknya, penyelidik berkata hanya kira-kira satu pertiga daripada mereka yang dirangsang dengan suntikan Sinovac mempunyai tahap peneutralan yang boleh dikesan terhadap varian terkini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok