Sinovac dan Kemboja tandatangani MoU pembotolan vaksin

June 2, 2022 · Dunia

Sinovac Biotech dan syarikat perkilangan ubat-ubatan Kemboja menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pembotolan Vaksin Covid-19 serta Perjanjian Pembelian dan Pembekalan Vaksin Covid-19 pada Rabu.

Majlis yang diadakan secara maya itu turut diserikan dengan kehadiran Duta China ke Kemboja, Wang Wentian dan Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bunheng, lapor Bernama.

Wang dalam ucapannya berkata sejak penularan wabak, China dan Kemboja berganding bahu dan saling membantu, satu contoh kerjasama baik di peringkat antarabangsa untuk menangkis wabak.

Pada Mac, pemimpin kedua-dua negara merancang pelan baharu untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib yang strategik, sekali gus mencerminkan hala tuju perkembangan bilateral.

“MoU dan perjanjian yang ditandatangani kali ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi pembinaan kilang pembotolan dalam kerjasama selanjutnya.

“Perusahaan kedua-dua pihak diharap mengintensifkan kerjasama, mempercepat penyiapan produk, dan secepat mungkin memastikan kilang terbabit dapat memberikan manfaat kepada rakyat Kemboja, di samping menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib yang lebih signifikan,” kata Wang.

Sementera itu, Bunheng pula mengucapkan tahniah dan menyambut baik kesepakatan berkenaan.

Jelas beliau, Kemboja mampu membotolkan vaksin dengan rujukan China dan senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk memenuhi permintaan rakyat dan warga asing di Kemboja.

Bunheng berkata Kemboja akan membeli vaksin keluaran kilang berkenaan untuk kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun lagi.

Beliau turut menyifatkan usahasama syarikat Kemboja dengan Sinovac Biotech itu mampu memastikan kelestarian produk berkenaan.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok