China akui vaksin Sinovac kurang berkesan

April 11, 2021 · Dunia

Pusat Kawalan Penyakit China hari ini mengakui kelemahan vaksin keluaran mereka, Sinovac, berbanding vaksin yang dikeluarkan negara Barat.

“Vaksin China (Sinovac) tidak mempunyai kadar perlindungan yang sangat tinggi.” Itulah yang diakui Pengarah Pusat Kawalan Penyakit China, Gao Fu pada persidangan vaksin dan kesihatan di barat daya Chengdu, hari ini.

Beijing sebelum ini telah mengedarkan ratusan juta dos ke negara-negara lain, termasuk Malaysia, sambil berusaha menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan vaksin Barat.

“Vaksin China (Sinovac) tidak mempunyai kadar perlindungan yang sangat tinggi.” Itulah yang diakui Pengarah Pusat Kawalan Penyakit China, Gao Fu pada persidangan vaksin dan kesihatan di barat daya Chengdu, hari ini.

Beijing sebelum ini telah mengedarkan ratusan juta dos ke negara-negara lain, termasuk Malaysia, sambil berusaha menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan vaksin Barat.

“Ia kini sedang dipertimbangkan secara rasmi sama ada kita perlu menggunakan vaksin lain pula untuk proses imunisasi,” katanya.

Sebelum ini, penyelidik Brazil mendapati tahap keberkesanan vaksin Covid-10 Sinovac yang dikeluarkan oleh China, untuk mencegah jangkitan adalah lebih rendah iaitu sekadar 50.4 peratus.

Sebagai perbandingan, vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer didapati mempunyai keberkesanan sehingga 97 peratus.

Beijing belum lagi meluluskan penggunaan vaksin luar untuk kegunaan rakyatnya sejak Covid-19 bermula pada 2019.

Tanpa memberi perincian kemungkinan ada perubahan strategi Gao berkata, Barat menggunakan mRNA sebagai teknik uji kaji mengeluarkan vaksin Covid-19, sementara pengeluar ubat-ubatan China menggunakan teknologi tradisional.

“Semua pihak patut mengakui kebaikan vaksin mRNA mampu memberi kebaikan. Kita mesti mengikutinya secara berhati-hati dan tidak boleh mengetepikannya disebabkan kita sudah mempunyai beberapa vaksin,” katanya.

Gao berkata, sehingga 2 April lalu, 34 juta penerima sudah disuntik dengan dua dos vaksin China dan kira-kira 65 juta lagi menerima dos pertama.

Penyelidik China mengakui keberkesanan vaksin Covic-19 – Sinovac – adalah serendah 50.4 peratus.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok