Sinopharm akhirnya terbitkan data ujian vaksin Covid-19

May 28, 2021 · Dunia

Di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan mengenai vaksin China, yang ketika ini digunakan di beberapa negara di seluruh dunia, Sinopharm China akhirnya mengemukakan hasil kajian berskala besar, dengan merekodkan vaksin mereka berjaya mencegah Covid-19.

Banyak pakar sebelum ini menyuarakan keprihatinan mereka mengenai kekurangan perincian daripada pembuat vaksin China mengenai suntikan, keberkesanan dan keselamatannya.

Sinopharm telah menerbitkan keputusan hasil kajian fasa tiga dalam Journal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) pada 26 Mei lalu, selepas lebih 200 juta dos digunakan di seluruh dunia.

Hasil kajian itu sekali gus menjawab permintaan pakar dan saintis supaya pengeluar Sinopharm lebih telus.

Data percubaan dikeluarkan Sinopharm di Beijing yang telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan, boleh menawarkan perlindungan terhadap simptom Covid-19 sebanyak 78.1 peratus, tetapi kadarnya turun kepada 73.5 peratus jika mengambil kira kegunaannya terhdap mereka yang telah menunjukkan simptom.

Satu lagi vaksin yang dikeluarkan anak syarikat di Wuhan dan masih menunggu kelulusan WHO, dan dibenarkan penggunaannya di China mempunyai kadar perlindungan terhadap simptom Covid-19 sebanyak 72.8 peratus, dan 64 peratus bagi yang telah menunjukkan simptom.

Keputusan itu berdasarkan data dikumpul daripada 40,411 peserta sihat berusia 18 hingga 59 tahun di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain tahun lalu. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang menggunakan vaksin Wuhan dan Beijing.

Pakar Imunologi yang juga Profesor Bersekutu Sekolah Perubatan Duke-NUS Singapura, Ashley St John berkata bilangan kes teruk yang rendah mungkin disebabkan jumlah penyertaan daripada golongan berumur, atau mereka yang mempunyai sejarah penyakit.

“Tetapi sebilangan besar kes yang teruk mungkin menimbulkan lebih banyak keyakinan. Tentunya mereka tidak mempunyai data yang cukup mengenai kes-kes teruk.

“Dan dari sudut statistik kita perlu melihat lebih banyak kes bagi memperoleh idea yang lebih baik mengenai sejauh mana vaksin ini boleh memberi perlindungan daripada penyakit yang teruk.

“Apabila anda mempunyai nilai, seperti dua atau tiga daripada ratusan (untuk kes yang teruk), ianya tidak memberikan anda keyakinan bahawa ini bukan sekadar kejadian rawak,” katanya.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal itu turut disediakan oleh firma perkhidmatan perubatan Abu Dhabi, G42, yang juga anak syarikat Sinopharm. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok