Singapura tutup kasino cetus kluster babitkan 11 jangkitan

July 22, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Singapura menutup kasino Marina Bay Sands selama dua minggu setelah mengesan 11 jangkitan virus Covid-19, kluster terbaharu muncul setelah wabak itu menular di pelabuhan perikanan menyebabkan sekatan sosial dikenakan semula.

Sebelas kes Covid-19 dikaitkan dengan kasino milik Las Vegas Sands Corp menyebabkan pusat perjudian itu ditutup mulai hari ini hingga 5 Ogos untuk tujuan sanitasi penuh, kata kenyataan Kementerian Kesihatan Republik Singapura, hari ini.

Ujian saringan akan dilakukan ke atas semua pekerja kasino di kompleks mega yang turut menempatkan hotel dan pusat beli-belah mewah.

Kluster kasino Marina Bay Sands adalah sebahagian daripada 179 kes baharu Covid-19 yang dikesan pada Rabu.

Sebilangan besar kes dikesan semalam berasal dari kelompok pelabuhan perikanan yang merupakan pusat jangkitan di pasar makanan, kelab karaoke dan kini di salah satu daripada dua kasino dii Singapura.

Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung berkata kluster perikanan mendorong kerajaan untuk menerapkan semula langkah lebih ketat, termasuk larangan makan di dalam kedai atau restoran dan membatasi pergerakan sosial mulai hari ini.

“Malangnya, sementara pengusaha ikan dan pembantu gerai mencari rezeki dengan ikhlas, mereka telah dijangkiti di pelabuhan,” kata Ong dalam catatan Facebooknya yang merujuk kepada sekatan tersebut.

Data kementerian itu menunjukkan jumlah jangkitan di pusat perikanan itu meningkat kepada 454 kes, sementara penularan di kelab karaoke pula meningkat kepada 215 kes, menjadikan kedua-dua tempat itu titik panas Covid-19 di Singapura.

Sekurang-kurangnya separuh daripada populasi di Singapura telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, kata Ong yang menjangkakan ia akan meningkat 64 peratus dalam tempoh dua minggu lagi. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok