Singapura turut ikut jejak Malaysia kembali laksana perintah berkurung sebulan

May 14, 2021 · Dunia

Susulan peningkatan kes Covid-19, Singapura juga melaksanakan perintah berkurung seperti mana yang dilakukan negara itu setahun yang lalu, ia selepas negara jiran, Malaysia terlebih dahulu melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.

Meskipun negara maju itu di sifatkan antara negara yang paling berjaya menangani covid-19 di rantau ini, negara itu tidak terlepas dengan jangkitan varian baharu yang semakin merebak di seluruh dunia ketika ini.

Terbaharu, pemerintah pulau itu melarang makan di restoran dan mengehadkan perhimpunan kepada dua orang berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 yang gagal dikesan sumbernya.

Selama empat minggu dari 16 Mei hingga 13 Jun ini saiz perhimpunan termasuk lawatan isi rumah dihadkan kepada dua orang berbanding lima orang sebelumnya.

Pekerja juga diminta bekerja dari rumah dan restoran hanya boleh beroperasi secara bungkus dan bawa pulang sahaja, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Solat berjemaah boleh diteruskan dengan had lebih rendah seramai 50 orang pada satu-satu masa, atau hingga 100 orang dengan pengujian sebelum acara.

Dalam pada itu, kerajaan Singapura mengambil langkah lebih ketat di Lapangan Terbang Changi kerana ramai orang awam telah mengunjungi kawasan berkenaan dalam beberapa minggu lalu, dengan segelintir di kalangan mereka kemudian dijangkiti.

Dikhuatiri kemungkinan terdapat kes tersembunyi yang telah merebak ke masyarakat dan menambah kes tidak berkait telah meningkat.

Buat masa ini terdapat 46 kes dalam kelompok Lapangan Terbang Changi, menjadikannya kelompok aktif paling besar di Singapura.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok