Singapura tarik balik sekatan kemasukan pengembara dari Afrika

Republik itu akan menarik balik sekatan perjalanan kepada pengembara dari 10 negara Afrika dari memasuki dan transit ke negara itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan, penarikan balik sekatan itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Pengembara yang tiba di Singaparu dengan mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari akan diletakkan dalam kategori empat.

Individu yang baru tiba, perlu menjalani Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas ke Singapura dan pada hari ketibaan.

Selain itu, mereka juga wajib menjalani pemantauan dan kuarantin selama 10 hari di fasiliti yang disediakan.

Sebelum ini, pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Afrika tidak dibenarkan memasuki dan transit di Singapura kerana penularan varian Omicron di benua berkenaan.

Tindakan itu di ambil sebelum ini sebagai salah satu pendekatan untuk mengawal penularan varian baharu tersebut.

Singapura semalam melaporkan 209 kes baharu dan 100 daripadanya melibatkan kes import, serta satu kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan angka kumulatif kes di republik itu mencecah lebih 277,764 kes dan 822 korban sejak pertama kali pandemik ini menular.

BERITA BERKAIT
POPULAR