Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia

September 3, 2022 · Dunia

Singapura menarik balik produk kicap dari Malaysia selepas mengesan asid benzoik melebihi had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label pembungkus makanan produk – Kicap Jenama Bunga Tangan, lapor Bernama.

“SFA telah mengarahkan pengimport, Heng Yoon Trading Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untuk digunakan, menurut SFA.

SFA memaklumkan penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidak mungkin menjadi kebimbangan, terutamanya kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok