Singapura tangguh hukuman mati ke atas seorang lagi warga Malaysia

April 29, 2022 · Dunia

Mahkamah Tinggi Singapura pada Khamis membenarkan penangguhan hukuman mati terhadap warga Malaysia K Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman pada Jumaat, 29 April, dua hari selepas pelaksanaan hukuman Nagaentran Dharmalingam.

Menurut peguam Singapura, M Ravi, kebenaran penangguhan itu diberikan berasaskan alasan “menunggu keputusan perbicaraan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan penjara yang dijadual pada 20 Mei”, lapor Bernama.

“Datch (Datchinamurthy) sepatutnya dihukum gantung esok,” kata M Ravi dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

Datchinamurthy, 36, didakwa mengedar 44.96 gram (g) diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dihukum mati pada 2015, manakala Nagaentran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009.

Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan sendiri oleh Datchinamurthy dan perbicaraan mengenai penangguhan itu dibuat secara tertutup pada 9.30 pagi Khamis.

M Ravi sebelum ini menjadi peguam untuk Datchinamurthy berkata perbicaraan yang dijadual pada 20 Mei adalah berkait mengenai aduan terhadap peguam negara mengenai hak komunikasi antara banduan dengan peguamnya.

“Isunya adalah apakah mereka boleh menggantungnya pada Jumaat 29 April ketika ada perbicaraan dijadualkan pada 20 Mei,” tulisnya.

Berita berkaitan
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok