Singapura sumbang bantuan banjir AS$50,000 kepada Pakistan

August 31, 2022 · Dunia

Kerajaan Singapura akan menyumbang US$50,000 sebagai menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk krisis kemanusiaan akibat bencana banjir di Pakistan, menurut Kementerian Luar republik itu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan Kerajaan Singapura akan menambah ikrar SRC sebanyak S$50,000 untuk menyokong keperluan segera termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air bersih dan sanitasi, dan barangan kebersihan kepada komuniti terjejas, lapor Bernama.

Pakistan pada 26 Ogos dilaporkan merayu bantuan antarabangsa bagi menangani bencana banjir yang menyebabkan lebih 30 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Negara itu mengalami lapan kitaran hujan lebat pada musim tengkujuh, kata Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman.

Pakistan lazimnya hanya mengalami tiga hingga empat kitaran hujan monsun.

Menurut laporan Agensi Anadolu, sepanjang 24 jam yang lalu, 36 orang terkorban di seluruh Pakistan, menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 1,162.

Daripada jumlah kematian terbaharu itu 19 dilaporkan dari kawasan selatan wilayah timur laut Punjab.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), sembilan korban dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhw dan selebihnya di Sindh dan di Balochistan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok