Singapura sahkan jangkitan tempatan kedua cacar monyet

July 14, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes tempatan kedua cacar monyet di negara itu pada Rabu (13 Julai), menjadikan jumlah kes yang disahkan sejak Jun kepada lima.

Pesakit itu, seorang lelaki warga Britain berusia 48 tahun yang menetap di Singapura, disahkan positif cacar monyet pada Rabu.

“Dia kini dimasukkan ke wad di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan keadaannya stabil,” kata MOH dalam kemas kini di laman webnya petang semalam.

Pesakit telah mengalami ruam di kawasan perianal pada 6 Julai dan demam pada 11 Julai, dan mendapatkan rawatan perubatan pada 13 Julai.

Dia telah dimasukkan ke NCID pada hari yang sama.

MOH menambah, pesakit itu tiada kaitan dengan mana-mana kes cacar monyet yang diumumkan sebelum ini.

Pengesanan kenalan sedang dijalankan.

Jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah kes cacar monyet di Singapura sejak Jun kepada lima. Tiga daripadanya adalah kes import dan dua jangkitan tempatan.

Kes cacar monyet pertama Singapura tahun ini adalah kes import. Pesakit adalah warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugari. Dia disahkan positif pada 20 Jun.

Singapura sebelum ini melaporkan jangkitan tempatan pertamanya pada 6 Julai, seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang tinggal di Singapura.

Dua lagi kes import disahkan pada 7 Julai dan 8 Julai. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
15 jam lalu· Politik
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022· Dunia
Singapura sumbang bantuan banjir AS$50,000 kepada Pakistan
August 31, 2022· Dunia
Israel rekod 200 lebih kes cacar monyet
August 22, 2022· Dunia
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Arab Saudi benar umat Islam Malaysia pilih tiga jenis visa umrah
March 17, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok